awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada had masa untuk Dr Mahathir jadi PM - Mahfuz

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
25/02/2020
01:58 MYT
Tiada had masa untuk Dr Mahathir jadi PM - Mahfuz
MAHFUZ: Ahli-ahli Parlimen Amanah juga sedia memberi tanda tangan, tanda sokongan kami kepada Dr Mahathir, jika itu yang diminta Agong. - Gambar fail
Parti Amanah Negara (Amanah) memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi perdana menteri tanpa mengehadkan sebarang tempoh masa.
Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan tersebut dicapai dalam satu mesyuarat pimpinan Amanah yang diadakan di Wisma Amanah malam tadi.
“Kami sebulat suara memberi sokongan untuk Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri tanpa had masa.
“Ahli-ahli Parlimen Amanah juga bersedia untuk memberi tanda tangan, tanda sokongan kami kepada Dr Mahathir, jika itu yang diminta oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Amanah akan terus sokong kepimpinan Tun Mahathir - Mohamad Sabu
Pada Isnin, Dr Mahathir menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai perdana menteri kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.
Yang di Pertuan Agong menerima peletakan jawatan itu tetapi telah berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim sementara menunggu pelantikan perdana menteri yang baharu.
BACA: Tun Mahathir letak jawatan Perdana Menteri, Pengerusi Bersatu
Menurut Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, keputusan itu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Dr Mahathir juga melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Bersatu keluar dari Pakatan Harapan.
BACA: Tun M ulangi janji letak jawatan lepas APEC
BACA: Tun M tidak terlibat dalam akuan berkanun, janji serah jawatan - Anwar Ibrahim
Topic Berkaitan
#Bersatu
#had masa
#letak jawatan
#Mahathir Mohamad
#Mahfuz Omar
#mesyuarat pimpinan
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#Parti Amanah Negara
#Perdana Menteri
#Perdana Menteri Interim
#sokongan
#tanda tangan
#tempoh masa
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan