awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada masalah, Kerajaan GRS-BN dalam keadaan baik - Hajiji

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
03/07/2022
06:08 MYT
Tiada masalah, Kerajaan GRS-BN dalam keadaan baik - Hajiji
Hajiji (empat dari kiri) menerima cenderamata daripada Presiden FCAS, Tan Sri T.C.Goh selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) Sabah 2022 di Teluk Likas, Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Semua pihak diingatkan agar tidak menangguk di air yang keruh dengan melaga-lagakan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN).
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan, perbezaan antara parti-parti politik adalah perkara biasa.
Malah, tegas Ketua Menteri Sabah itu, kerajaan negeri dipimpin GRS-BN berada dalam keadaan baik.
"Tiada masalah dengan Kerajaan GRS-BN. Kalau ada sedikit perbezaan itu biasa dalam politik.
"Jangan bimbang, dan jangan kita menyimbah minyak pada api... nanti semakin merebak," katanya.
Beliau berkada demikian ketika ditemui di dalam acara Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah di Tanjung Lipat, Kota Kinabalu.
Hajiji yang juga Ketua Pimpinan Bersatu Sabah mengajak semua pemimpin untuk bersatu hati dalam usaha membangunkan negeri Sabah.
"Kita kena bersatu hati, jangan bergaduh-gaduh," katanya.
Pada Persidangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Jumaat lalu, presidennya, Datuk Seri Maximus Ongkili mendakwa salah satu parti komponen BN terlibat dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah.
Kenyataan Ongkili itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin BN termasuk pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Sambil meminta Ongkili tidak bermain api dan memohon maaf dengan kenyataan itu, Bung Moktar mahu parti komponen dalam GRS itu menghormati BN dan tidak mengkhianatinya.
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#GRS-BN masih baik
#Politik Sabah
#Gabungan Rakyat Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan