awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di KL, 11 negeri hingga 9 malam ini
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
MFL rancang pertemuan meja bulat bersama semua CEO kelab Liga-M
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rundingan SAPP dengan BN untuk hadapi PRN Sabah - Yong

Bernama
Bernama
24/08/2020
21:32 MYT
Tiada rundingan SAPP dengan BN untuk hadapi PRN Sabah - Yong
Yong berkata beliau hanya bertemu Hajiji Noor baru-baru ini. -Gambar fail
Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee berkata, setakat ini tiada perundingan antara SAPP dengan Barisan Nasional (BN), bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, pada Sept depan.
Yong berkata yang ada cuma pertemuan tidak formal beliau dengan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Sabah Datuk Hajiji Noor baru-baru ini.
"Pertemuan itu turut diadakan bersama Datuk Dr Jeffrey Kitingan Presiden STAR (Parti Solidariti Tanah Airku)," katanya kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp, di sini malam tadi.
Bagaimanapun, bekas Ketua Menteri Sabah itu tidak menjelaskan tujuan pertemuan berkenaan.
Semalam, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN dengan beberapa parti lain di Sabah, sedang berunding mengenai agihan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu untuk menghadapi PRN Sabah.
Ia termasuk Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), STAR, Parti Bersatu Sabah, Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).
PRN Sabah akan diadakan pada 26 Sept depan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan, pada 30 Julai lalu.
Terdahulu Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah juga menyatakan tidak berhasrat untuk bekerjasama dengan BN, dalam menghadapi PRN Sabah, bulan depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Ketua Menteri
#menteri
#perpaduan
#pilihan raya
#presiden
#rakyat
#WhatsApp
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan