awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
17/09/2024
06:33 MYT
Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis
Mujibu mengakui tidak faham punca MoU itu disensasikan dan ditolak oleh Perikatan Nasional (PN). - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Isnin adalah seimbang dan bertujuan memastikan kestabilan politik.

Ringkasan AI
  • Kestabilan Politik: MoU bertujuan memastikan kestabilan politik dengan menyediakan peruntukan yang seimbang kepada pembangkang.
  • Matlamat Menang-Menang: MoU ini dilihat sebagai satu perjanjian yang adil dan menguntungkan kedua-dua pihak, iaitu kerajaan dan pembangkang.
  • Penolakan dan Kontroversi: Walaupun MoU ini bertujuan baik, ia telah ditolak oleh Perikatan Nasional (PN) dan menjadi kontroversi, walaupun dakwaan terhadapnya dianggap tidak berasas oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Felo Penyelidik Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir UUM, Mujibu Abd Muis mengakui beliau tidak faham punca MoU itu disensasikan dan ditolak oleh Perikatan Nasional (PN) sedangkan matlamat akhirnya bersifat menang-menang kepada pihak-pihak terlibat.
"Namun setelah melihat kerangka MoU itu, saya tidak melihat sebarang isu yang wajar menghalang kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani MoU ini.
"Saya lihat perincian dokumen iaitu perjanjian yang akan ditandatangani secara berasingan oleh setiap ahli parlimen Pembangkang dan en bloc Perikatan Nasional, adalah seimbang.
"Saya lihat secara umum kesemua kerangka yang dirangkumkan dalam perjanjian itu hanyalah untuk melihat kestabilan politik bagi membolehkan semua pihak berada dalam situasi menang-menang.
"Pembangkang dapat peruntukan yang sewajarnya melalui dana pembangunan kawasan Parlimen dan kerajaan mampu mengekalkan kestabilan untuk terus mentadbir sehingga hujung penggal," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam Buletin AWANI pada Selasa.
Semalam, sehari selepas pembangkang sebulat suara menolak memorandum persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen PN, Fadillah tampil mendedahkan dua draf sebenar dokumen yang masih menjadi kontroversi itu.
Menurutnya, tindakan ini diambil bagi membolehkan rakyat menilai sendiri bahawa kesemua dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengenai perjanjian terbabit adalah tidak berasas sama sekali.
Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#Hamzah Zainudin
#MoU
#pembangkang
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan