awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak mustahil UMNO dan PAS bekerjasama - Annuar Musa

Bernama
Bernama
20/11/2016
12:31 MYT
Tidak mustahil UMNO dan PAS bekerjasama - Annuar Musa
ANNUAR: "Politik adalah di atas 'possibilities', politik adalah satu seni yang berpelbagai kemungkinan." - Gambar fail
"Kalau DAP boleh menerima Tun Dr Mahathir, tidak mustahil kemungkinan UMNO menerima PAS dan PAS menerima UMNO untuk bekerjasama," kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata ini kerana kedua-dua parti mempunyai asas perjuangan sama, menjunjung cita-cita sama dan lahir daripada 'DNA' sama.
"Politik adalah di atas 'possibilities', politik adalah satu seni yang berpelbagai kemungkinan.
"Saya percaya antara parti politik (UMNO dan PAS) yang menjunjung cita-cita dan dasar perjuangan yang sama, dia tidak bergerak dalam bentuk 'parallel' dan saya yakin akan ada satu titik pertemuan (bergabung)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi penceramah Sesi Keempat: Diskusi Politik pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah (K-PAU) 2.0 yang dipengerusikan anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razali Ibrahim, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.
Annuar berkata kedua-dua parti mempunyai banyak titik persamaan iaitu perjuangan terhadap agama, selain ingin melihat keamanan, kesejahteraan dan kedudukan Islam pada kedudukan terunggul.
Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi UMNO untuk tujuan itu.
Beliau berkata mana-mana parti Melayu yang bersekongkol dengan pembangkang sebenarnya berada di bawah telunjuk DAP.
"PKR, Parti Amanah Negara dan terbaharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang berada di bawah DAP tidak mempunyai maruah perjuangan kerana mereka berada di bawah kuasa perjuangan orang lain," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#PAS
#politik
#titik pertemuan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan