awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Iran sahkan penyertaan Tehran dalam rundingan di Islamabad
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
Konflik Asia Barat: Pengeksport Malaysia digesa amalkan pendekatan proaktif, adaptif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak tahu siapa imam siapa makmum dalam PPBM - Abdul Hadi

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
29/04/2017
06:59 MYT
Tidak tahu siapa imam siapa makmum dalam PPBM - Abdul Hadi
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tiga, kanan) pada gimik perasmian Muktamar Tahunan Pas kali ke-63 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut hari ini. - Foto Bernama
Pas tidak berhasrat untuk memulakan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PPBM dilihat tiada arah dan tidak mempunyai wawasan kepimpinan yang jelas.
“Kita sudah selesai membuat penilaian, Bersatu (PPBM) adalah parti yang tiada arah dan pemimpinnya juga kita tidak tahu siapa, siapa yang menjadi imam dan siapa ialah makmum.
“Sebab itu kita buat keputusan untuk tidak mempunyai hubungan dengan parti itu,” kata beliau pada sidang media selepas memberi ucapan dasar di Muktamar Pas Pusat Ke-63 di Kompleks Pas Kedah hari ini.
Abdul Hadi diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebelum ini yang menyatakan partinya sedia bekerjasama dengan Pas.
Muktamar itu yang akan berakhir pada Isnin ini yang menjadi tumpuan untuk melihat percaturan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-14 nanti selain penentuan tahaluf siyasi atau kerjasama politik Pas dengan PKR.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Mahathir Mohamad
#Muktamar Pas
#PAS
#pilihan raya
#PKR
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan