awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Total lockdown': Mohamad Hasan serah gaji, elaun 6 bulan bantu rakyat

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
02/06/2021
16:32 MYT
'Total lockdown': Mohamad Hasan serah gaji, elaun 6 bulan bantu rakyat
Tok Mat serah semua gaji dan elaunnya bagi tempoh enam bulan kepada Pusat Khidmat DUN Rantau. - Astro Awani / Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyerahkan semua gaji dan elaunnya bagi tempoh enam bulan kepada Pusat Khidmat DUN Rantau bagi membantu penduduk yang terkesan akibat sekatan pergerakan penuh.
Mohamad berkata, beliau akan menulis surat kepada bahagian protokol kerajaan negeri bagi memaklumkan perkara berkenaan dalam tempoh terdekat.
"Saya akan serahkan semua elaun sebagai ADUN dan imbuhan lain ke akaun Pusat Khidmat Masyarakat DUN Rantau dari Jun ini hingga Disember 2021.
"Selama ini pun di pusat khidmat, kita memang ada membantu rakyat yang memerlukan dari segi keperluan, terutama mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Terdahulu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan semua ADUN di negeri itu sudah melakukan pemotongan elaun wakil rakyat bagi disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana.
Langkah yang hampir sama dibuat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila menggunakan kesemua gaji bulan Jun untuk melaksanakan Pakej Bantuan Khas Muar SEJIWA khusus untuk rakyat di kawasannya.
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#sekatan pergerakan penuh
#COVID-19
#ADUN
#Negeri Sembilan
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan