awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM: Yang penting kuasa bukan jawatan - Nanta

Bernama
Bernama
25/10/2022
06:45 MYT
TPM: Yang penting kuasa bukan jawatan - Nanta
Nanta berkata kuasa seperti meluluskan projek pembangunan atau peruntukan tertentu adalah lebih signifikan berbanding jawatan. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Soal kuasa yang diperuntukkan untuk timbalan perdana menteri (TPM) adalah lebih penting berbanding hanya diberikan jawatan itu semata-mata, kata Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Menyambut baik cadangan jawatan TPM diwujudkan bagi mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung, Nanta yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata kuasa seperti meluluskan projek pembangunan atau peruntukan tertentu adalah lebih signifikan berbanding jawatan.
"Sekiranya ada jawatan itu (TPM) nanti, ia mesti ada portfolio tertentu yang boleh beri keberkesanan pada jawatan itu untuk kebaikan Sarawak dan Sabah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis angkat sumpah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak di sini hari ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini dilaporkan mencadangkan tiga jawatan TPM masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung diwujudkan jika BN menang dominan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ahmad Zahid dilaporkan berkata perkara mengenai pelantikan wakil dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung bagi mengisi jawatan TPM itu akan dimasukkan dalam manifesto BN.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jawatan TPM
#Alexander Nanta Linggi
#Malaysia Memilih
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan