awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M akui PH lantik ahli politik berkelayakan sebagai pengerusi GLC

Fareez Azman
Fareez Azman
05/06/2020
12:40 MYT
Tun M akui PH lantik ahli politik berkelayakan sebagai pengerusi GLC
TUN MAHATHIR: Kita dulu masa PH, kita lantik orang yang ada kelayakan bukan ahli politik mana-mana parti. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Pakatan Harapan (PH) ketika memerintah pernah melantik ahli politik sebagai pengerusi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Bagaimanapun, ujarnya pelantikan itu dibuat berdasarkan kelayakan ahli politik berkenaan.
"Kita dulu masa PH, kita lantik orang yang ada kelayakan bukan ahli politik mana-mana parti. Kebanyakan mereka orang yang profesional yang dilantik kerana kebolehan mereka. Bukan ahli mana-mana parti," ulas Dr Mahathir.
Beliau berkata demikian selepas mendakwa tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) melantik beberapa ahli politik bagi jawatan itu sebagai salah guna kuasa.
Ketika ditanya apakah pendiriannya berkenaan tindakan yang sama diambil oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam melantik beberapa bekas menteri sebagai pengerusi GLC di negeri itu, tegas Dr Mahathir, ia dilakukan berdasarkan kelayakan dan kebolehan seseorang ahli parlimen itu.
Topic Berkaitan
#bekas perdana menteri
#GLC
#jawatan
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#Perikatan Nasional
#Perlantikan
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan