awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO JB harap tiada pihak kaitkannya dengan kes ugut, bakar pejabat

Bernama
Bernama
29/08/2022
23:50 MYT
UMNO JB harap tiada pihak kaitkannya dengan kes ugut, bakar pejabat
Saipuddin Yusoff berkata budaya samseng jalanan, peras ugut, reformasi dan merosakkan harta benda awam bukanlah budaya yang lahir dari DNA UMNO sama sekali. - Foto Facebook/Omar Felten
JOHOR BAHRU: Cara menyelesaikan sesuatu isu berkaitan politik melalui ugutan adalah di luar budaya dan bukan amalan ahli UMNO, kata Ketua Penerangan UMNO bahagian Johor Bahru, Saipuddin Yusoff.
Beliau yang merujuk kepada satu kes ugutan bunuh terhadap seorang Ahli Parlimen serta kebakaran pejabat sebuah parti politik semalam berkata, UMNO dan warga Johor menterjemahkan ketidakpuasan hati hanya melalui peti undi sepertimana yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas.
"Diharap jangan sesekali ada mana-mana pihak mencari publisiti murahan dengan mengaitkan insiden itu dengan menuding jari kepada ahli UMNO Johor Bahru, sebelum lengkapnya siasatan pihak polis.
"Budaya samseng jalanan, peras ugut, reformasi dan merosakkan harta benda awam bukanlah budaya yang lahir dari DNA (asid deoksiribonukleik) UMNO sama sekali," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Pada Ahad media melaporkan Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir mendakwa dirinya menerima ugutan bunuh daripada seorang pemilik akaun Facebook pada hari Khamis dan Jumaat lepas.
BACA: Pejabat terbakar didakwa khianat, Ahli Parlimen JB terima ugutan bunuh
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu pada masa sama dilaporkan berkata Pejabat Cabang PKR Johor Bahru di Larkin yang juga merupakan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru disyaki dibakar kira-kira jam 6 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO Johor
#Saipuddin Yusoff
#kes ugut bunuh
#bakar pejabat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan