awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO tenat - Ahmad Said

Bernama
Bernama
13/05/2018
20:46 MYT
UMNO tenat - Ahmad Said
Ahmad berkata, beliau kini memikirkan daripada mana sumber yang dapat diberikan kepada rakyat Kemaman selepas BN kini bukan lagi kerajaan yang memerintah. - Gambar fail
Bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata UMNO kini berada dalam keadaan tenat dan sebahagian besar anggotanya merasakan parti tersebut telah berada di penghujung jalan dan sukar untuk bangkit semula selepas rakyat menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau berkata pengunduran Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN dianggap terlewat kerana bekas perdana menteri itu sebenarnya sudah maklum kemerosotan sokongan rakyat terhadap BN sebelum PRU14.
"Pengunduran Najib dari parti adalah satu tindakan yang agak lewat kerana kita dapati setelah beliau melihat suasana politik di Malaysia ketika itu beliau sepatutnya mengambil keputusan mengundurkan diri lebih awal sebelum pilihan raya.
"Sebab Tun Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri kini) telah mengeluarkan kenyataan sekiranya Najib tidak mengundurkan diri bermakna BN akan kalah dan kita nampak itu yang berlaku," katanya kepada pemberita ketika mengulas pengunduran Najib dari parti di kediamannya di Telok Kalong, di sini, pada Ahad.
"Bila ada tanda-tanda penentangan dan orang tak perlukan sepatutnya biar kita berundur lebih awal... sekarang nasi dah jadi bubur bukan mudah untuk bangkit kembali setelah apa yang berlaku," katanya, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman.
Ahmad berkata UMNO Bahagian Kemaman bimbang mengenai masa depan penduduk Kemaman terutama penyokong-penyokong BN apabila beliau sahaja menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, pada PRU14, 9 Mei lalu.
Katanya, beliau kini memikirkan daripada mana sumber atau peruntukan yang dapat diberikan kepada rakyat Kemaman selepas BN kini bukan lagi kerajaan yang memerintah.
"Dulu pada tahun 1999 kita kalah pada kerajaan negeri (Pas) tetapi kerajaan pusat masih kita (BN) yang memerintah dan kerajaan pusat masih menyalurkan peruntukan dan sebagainya (kepada rakyat Terengganu dan Kemaman).
"Tapi hari ini kita kalah dengan kerajaan negeri dan kerajaan pusat (Pakatan Harapan) .. di mana tempat untuk kita bergantung untuk mendapatkan peruntukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Said
#Barisan Nasional
#DUN Kijal
#Kemaman
#kerajaan negeri
#kerajaan pusat
#Mahathir Mohamad
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#peruntukan
#pilihan raya umum
#politik
#PRU14
#rakyat
#sokongan merosot
#tenat
#terlewat
#UMNO
#undur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan