awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warisan tidak bertanding PRN enam negeri - Mohd Shafie

Bernama
Bernama
17/03/2023
14:52 MYT
Warisan tidak bertanding PRN enam negeri - Mohd Shafie
Mohd Shafie berkata keputusan itu diambil bagi memberi tumpuan memperkukuhkan Warisan di Sabah. - Foto FB @Shafie Apdal
SEMPORNA: Parti Warisan (Warisan) memutuskan untuk tidak bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di Semenanjung Malaysia membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan itu diambil bagi memberi tumpuan memperkukuhkan Warisan di Sabah.
"Saya sudah maklumkan, kita ada satu orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sana (ADUN Teratai Bryan Lai Wai Chong), saya dah nasihat mereka bantu dan jangan bertanding, mereka terima dengan baik.
"Saya juga ada berjumpa dengan Ong Tee Keat di Kuala Lumpur, dia (sebelum ini) bertanding di Parlimen Pandan, saya juga nasihat dan setakat ini sehingga PRN akan datang Warisan tidak akan bertanding," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pemimpin bersama rakyat di sini hari ini.
Sebelum ini Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata enam negeri tersebut sepakat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 lepas, Warisan bertanding di keseluruhan 52 kerusi Parlimen seluruh negara iaitu 25 kerusi Parlimen di Sabah, satu di Labuan, manakala selebihnya kerusi Parlimen di Semenanjung.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata Warisan akan melihat dan mempertimbangkan parti yang mahu bekerjasama untuk PRN di Sabah yang akan datang.
"Kita akan timbang, saya tidak mahu pula nanti esok bukan YB (Yang Berhormat) saja melompat (parti), tengok-tengok kita sudah bantu parti itu, dia ada 10 kerusi, tiba-tiba parti sekali melompat, ini yang perlu diperhalusi," katanya.
Beliau berharap kerajaan negeri membawa usul berkenaan rang undang-undang antilompat parti ke persidangan DUN Sabah untuk dibentangkan dan diluluskan, supaya dapat mewujudkan satu undang-undang yang memberi pengajaran kepada, bukan sahaja wakil rakyat melompat, tetapi pihak yang menerima 'si pelompat'.
"Kalau sekiranya kerajaan negeri tidak ada keupayaan untuk bentang rang undang-undang (antilompat), saya punya undang-undang persendirian sudah siap untuk kita bentang di dewan dan kita minta supaya semua beri sokongan," katanya.
Mohd Shafie berkata perkara itu penting bagi menghentikan segala budaya termasuk lompat parti yang mengganggu kestabilan keadaan politik di Sabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Warisan
#PRU15
#ADUN
#sokongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan