awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid harap keputusan pemilihan jadi langkah kebangkitan semula UMNO

Bernama
Bernama
18/03/2023
06:46 MYT
Zahid harap keputusan pemilihan jadi langkah kebangkitan semula UMNO
Ahmad Zahid menunjukan kertas undi bagi pemilihan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini. -Bernama
BAGAN DATUK: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap keputusan yang akan dibuat di 189 bahagian pada pemilihan parti hari ini, akan menjadi satu langkah kepada kebangkitan semula parti itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata kepimpinan yang terpilih menerusi keputusan yang dibuat perwakilan, bukan sahaja membabitkan pusat bahkan turut melibatkan peringkat negeri dan bahagian, perlulah bergerak seiring dan bekerja sebagai satu pasukan, dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
"Sama ada tokoh-tokoh itu dikenali atau pun sedang dikenali atau tidak dikenali langsung, UMNO sangat demokratik dengan kaedah untuk menjadi calon hanya perlu mendaftarkan diri setelah cukup tempoh untuk melayakkan mereka sebagai calon.
"Apa yang saya harapkan, keputusan yang akan dibuat di 189 bahagian, ia akan menjadi satu langkah untuk UMNO bangkit 2.0," katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Pemilihan UMNO Bahagian Bagan Datuk, di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, menegaskan demokrasi dalam UMNO terus subur dengan memperlihatkan ramai calon menawarkan diri, meskipun dikatakan sedang mengalami zaman 'malap'.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#Pemilihan UMNO
#Zahid Hamidi
#kebangkitan semula parti
#UMNO bangkit 2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan