awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 atlet para bawa cabaran Malaysia di Bahrain

Bernama
Bernama
20/11/2021
12:10 MYT
13 atlet para bawa cabaran Malaysia di Bahrain
Megat D Shahriman berkata pengurangan bilangan kontinjen yang akan berangkat pada 28 Nov itu adalah disebabkan protokol pemilihan atlet yang ketat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) akan menghantar seramai 13 atlet berbanding 30 yang berada dalam senarai awal untuk bertanding pada Sukan Para Remaja Asia (AYPG) 2021, yang dijadual berlangsung dari 2 hingga 6 Dis di Manama, Bahrain.
Presiden MPM Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata pengurangan bilangan kontinjen yang akan berangkat pada 28 Nov itu adalah disebabkan protokol pemilihan atlet yang ketat oleh pihaknya dan Majlis Sukan Negara (MSN) ekoran pandemik COVID-19.
"Beberapa atlet terpaksa digugurkan kerana prestasi tidak memenuhi kriteria diperlukan untuk acara sukan yang dianjurkan dan ada juga atlet dan kakitangan kami yang disahkan positif COVID-19," katanya.
Beliau berkata demikian di media MPM mengumumkan perkembangan terkini mengenai Sukan Para Asia (APG) 2022 di Hangzhou, China, AYPG 2021 dan pembatalan Sukan Para ASEAN 2021, di sini, hari ini.
Di Bahrain, kontinjen Malaysian akan mengambil bahagian dalam enam jenis sukan iaitu olahraga, badminton, boccia, renang, pingpong dan powerlifting.
Malaysia menyertai AYPG sejak edisi pertamanya di Tokyo pada 2009 dan menjadi tuan rumah pada edisi 2013.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Paralimpik Malaysia
#Sukan Para Remaja Asia
#AYPG
#Bahrain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan