awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 jaguh MMA negara bakal bertarung di ONE Championship KL

Ili Hadri Khalil
Ili Hadri Khalil
21/02/2018
12:47 MYT
5 jaguh MMA negara bakal bertarung di ONE Championship KL
Hisyam 'Zephyrus' Samsudin (kiri) dan Hayatun Najihin adalah antara atlet MMA Malaysia yang akan bertarung di kejohanan 'ONE: Visions of Victory' nanti. - Foto ONE Championship
Lima jaguh seni mempertahankan diri campuran (MMA) negara bakal bertarung di kejohanan ONE Championship di Kuala Lumpur, Mac ini.
Kejohanan peringkat antarabangsa 'ONE: Visions of Victory' itu akan berlangsung pada 9 Mac di Stadium Axiata, Bukit Jalil.
Agilan Thani, 22 tahun, dengan gelaran 'Alligator' adalah antara pemain pilihan kategori 'welterweight' yang bakal bertarung dalam acara kedua utama dan menjadi antara tumpuan kejohanan kali ini.
Anak kelahiran Kuala Lumpur itu bakal bertemu dengan Amitesh Chaubey, 27 tahun dari India.
Seorang lagi petarung pilihan negara, Gianni Subba, turut disenaraikan dalam kejohanan tersebut.
Petarung 'flyweight' berusia 25 tahun itu meluangkan masa mengasah bakatnya bersama rakan sepasukan lain Bali MMA, Indonesia, dan akan bertemu petarung Filipina, Danny Kingad.
Tidak ketinggalan, atlet MMA wanita termuda Malaysia, Hayatun Najihin yang baru sahaja berumur 18 tahun akan membuat persembahan sulungnya di pentas ONE Championship.
Bekas juara Malaysian Invasion (MIMMA) musim keempat itu akan berdepan Puja Tomar dari India.
Sementara itu, dia lagi atlet negara, 'Jungle Cat' Muhammad Aiman, 23 tahun bakal bertemu pesaingnya Burn Soriano dari Filipina.
Manakala peserta terakhir dari Malaysia ialah Hisyam 'Zephyrus' Samsudin bakal berhadapan Jerome S. Paye dari Indonesia.
Topic Berkaitan
#Agilan Thani
#Gianni Subba
#Hayatun Najihin
#Jihin Najihin
#MMA
#Muhammad Aiman
#ONE Championship
#Stadium Axiata
#Visions Of Victory
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan