awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aaron-Wooi Yik terkandas di suku akhir Terbuka Perancis

Bernama
Bernama
08/03/2024
14:17 MYT
Aaron-Wooi Yik terkandas di suku akhir Terbuka Perancis
Beregu lelaki utama negara itu tunduk kepada pasangan kedua dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 19-21, 16-21 dalam perlawanan berlangsung 43 minit. - Gambar fail/FB BAM
KUALA LUMPUR: Wakil tunggal negara di Terbuka Perancis Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya ditunjukkan jalan keluar apabila tewas pada saingan suku akhir di Arena Porte de la Chapelle di Paris hari ini.
Beregu lelaki utama negara itu tunduk kepada pasangan kedua dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 19-21, 16-21 dalam perlawanan berlangsung 43 minit.
Gandingan Korea Selatan itu akan berdepan sama ada pilihan utama kejohanan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty atau Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren dari Thailand.
Aaron-Wooi Yik akan membawa cabaran Malaysia di kejohanan All England 2024 di Birmingham berlangsung pada 12 hingga 17 Mac ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suku akhir
#Terbuka Perancis
#All England 2024
#pilihan utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan