awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ada percubaan singkirkan TMJ sebagai Presiden FAM

Bernama
Bernama
04/10/2017
12:14 MYT
Ada percubaan singkirkan TMJ sebagai Presiden FAM
TUNKU ISMAIL: Selagi saya berada dalam FAM, jangan haraplah!
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mendedahkan terdapat cubaan beberapa exco dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang cuba menyingkirkan beliau sebagai Presiden FAM.
Beliau menegaskan usaha-usaha itu dilakukan beberapa anggota exco FAM yang sering kali tidak sependapat dengan beliau dalam soal menguruskan hal bola sepak negara.
"Sebagai presiden, saya tahu benda ini tengah berlaku tetapi selagi saya berada dalam FAM, jangan haraplah," tegas beliau kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) di sini, hari ini.
Tunku Ismail menegaskan, usaha menyingkirkan beberapa individu dalam pucuk kepimpinan tertinggi bola sepak Malaysia itu, tidak hanya terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) Kevin Ramalingam, malah turut dihadapi beliau sendiri.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kononnya terdapat cubaan untuk menyingkirkan Kevin Ramalingam daripada FMLLP, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini.
Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail bertitah beberapa penstrukturan akan dilakukan dalam kelab JDT tahun depan.
Penstrukturan ini termasuk melantik bekas pemain pasukan itu Luciano Figueroa sebagai duta kelab dan duta hubungan antarabangsa selain menjadikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani sebagai Pengerusi Yayasan JDT.
Tunku Aminah Sultan Ibrahim, Datuk Ismail Karim, Alistair Edwards dan Martin J. Hugo Prest pula, masing-masing kekal sebagai Presiden Kelab JDT, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Pengarah Teknikal JDT dan Pengarah Sukan JDT.
Tambah beliau, penstrukturan itu akan membolehkan JDT mendapat lebih banyak penajaan daripada syarikat-syarikat antarabangsa serta mencatat bukan sekadar pencapaian di atas padang, malah di luar padang.
Mengenai pemain import baharu pada musim depan, Tunku Ismail yang juga pemilik kelab JDT bertitah seorang atau dua pemain dijangka dibawa masuk bagi memperkuatkan pasukan berkenaan.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FAM
#Presiden FAM
#Tunku Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan