awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita

Bernama
Bernama
16/02/2025
22:30 MYT
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana (tengah) membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target dalam acara 25m pistol wanita pada Kejohanan Rifle/Pistol Piala Asia 2025 di Bangkok, 16 Feb 2025. - Foto Majlis Sukan Negara
KUALA LUMPUR: Penembak berpengalaman negara Alia Sazana Azahari bukan sahaja membidik emas malah memecahkan rekod Asia dalam acara 25 meter (m) pistol wanita pada Kejohanan Rifle/Pistol Piala Asia 2025 di Bangkok semalam.
Pada pusingan final di Lapang Sasar Menembak SAT, Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, sekali gus memadam rekod Asia iaitu 41 hit yang dicipta oleh penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada Kejohanan Menembak Asia 2024 di Jakarta.
Pingat perak menjadi milik penembak Korea Selatan Lee Siyoon dengan catatan 32 hit manakala Teh Xiu Yi dari Singapura menamatkan podium selepas mencatatkan 28 hit untuk memenangi pingat gangsa.
Ini adalah emas kedua Malaysia dalam kejohanan itu selepas Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin mendominasi acara 10m air pistol wanita dengan 239.3 mata Khamis lepas.
Kejohanan yang bermula pada 9 Feb ini akan berlangsung sehingga 22 Feb.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Penembak
#Alia Sazana Azahari
#Kejohanan Rifle Pistol Piala Asia 2025
#Bangkok
#acara 25m pistol wanita
#pingat emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan