awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Michael Schumacher muncul juara F3

Astro Arena
Astro Arena
14/10/2018
00:07 MYT
Anak Michael Schumacher muncul juara F3
Mick menamatkan saingan di tempat ke-12 dalam perlumbaan pertama sebelum menghuni podium dalam perlumbaan berikutnya di belakang Lando Norris. - Foto Astro ARENA
MICK Schumacher, anak kepada juara dunia Formula Satu (F1), Michael, telah memenangi gelaran Formula 3 (F3) Eropah.
Pemandu berusia 19 tahun itu mengakhiri perlumbaan di tempat kedua di Hockenheim bagi mengutip mata dalam persaingan pelumba F3.
"Saya sangat gembira," kata pelumba Prema itu.
"Apa yang telah dicapai oleh pasukan ini merupakan sesuatu yang di luar jangkaan."
Schumacher mendominasi separuh kedua musim dengan memenangi lapan perlumbaan sebelum meraih gelaran pertamanya dalam sukan permotoran.
Pelumba kelahiran Jerman itu menamatkan saingan di tempat ke-12 dalam perlumbaan pertama sebelum menghuni podium dalam perlumbaan berikutnya di belakang juara 2017, Lando Norris, yang bakal memandu McLaren dalam F1 musim depan.
Bapa Schumacher, yang mendominasi F1 sekitar awal tahun 2000, masih tidak pernah dilihat di khalayak ramai sejak mengalami kecederaan serius dalam kemalangan ski pada Disember 2013.
Topic Berkaitan
#F1
#F3
#F3 Eropah
#Formula 3
#Jerman
#kemalangan
#Michael Schumacher
#Mick Schumacher
#pelumba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan