awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak saudara Sultan Brunei sertai Leicester City

Astro Arena
Astro Arena
16/03/2016
08:50 MYT
Anak saudara Sultan Brunei sertai Leicester City
Faiq Jefri Bolkiah sebelum ini merupakan pemain Chelsea Bawah 18. - Foto Instagram @fjbolkiah
PENDAHULU Liga Perdana Inggeris Leicester City telah mengikat Faiq Jefri Bolkiah, anak saudara kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan kontrak tiga tahun.
Pemain berusia 17 tahun itu sebelum ini merupakan pemain Chelsea Bawah 18 sejak tahun 2014. Dia juga pernah menyertai Arsenal dan Reading sebelum ini. "Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa saya telah mengikat kontrak tiga tahun bersama Leicester City. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan sahabat terdekat atas sokongan mereka," kata Faiq menerusi laman sosial Instagram miliknya. Faiq Jefri Bolkiah merupakan pemain utama buat skuad Chelsea B18 tahun musim ini namun akan berpindah ke Stadium King Power bagi mencari peluang beraksi bersama skuad utama musim depan. Difahamkan, pencari bakat Leicester telah pun memerhati Faiq buat jangka masa lama dan melihat dia mempunyai masa depan cerah dengan skuad utama The Foxes.
Happy to announce I have signed a long term contract at @lcfc would like to thank all my family an close friends for all the support. Was also a pleasure meeting the owner himself. Can't wait to get started.
A photo posted by Faiq Jefri Bolkiah (فائق) (@fjbolkiah) on
Mar 15, 2016 at 7:39am PDT
Topic Berkaitan
#anak saudara Sultan Brunei
#Faiq Jefri Bolkiah ikat kontrak
#Leicester City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan