awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anda tidak boleh 'boo' Ronaldo, kata Kovacic

Astro Arena
Astro Arena
30/01/2017
04:38 MYT
Anda tidak boleh 'boo' Ronaldo, kata Kovacic
Pemain dari kedua-dua pasukan yang bertemu di Santiago Bernabeu awal pagi tadi sedang mempertikaikan sesuatu dengan pengadil. - Foto Reuters
MATEO KOVACIC memuji penyokong Real Madrid tetapi tampil mempertahankan rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo, yang menjadi mangsa 'boo' oleh segelintir penyokong di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Walaupun ada usaha ke arah perpaduan sebelum perlawanan, Ronaldo dan rakan sepasukannya menjadi sasaran penyokong muda Real sebelum pendahulu LaLiga itu mencipta kemenangan 3-0 ke atas Real Sociedad.
Pemenang empat kali Anugerah Ballon d'Or, Ronaldo, mengetepikan permusuhan penyokong tuan rumah dengan menjaringkan satu gol, dan satu bantuan gol untuk Kovacic, bagi membawa Real menjarakkan jurang empat mata di hadapan juara menanti, Barcelona, dan Sevilla.
"Penyokong benar-benar hebat dan mereka adalah pemain ke-12 kami. Kami perlu berterima kasih kepada mereka untuk itu," kata Kovacic.
"Bagi Ronaldo, dia berada di bawah banyak tekanan dan itulah yang dijangkakan.
"Seorang pemain yang menjaringkan gol pada setiap perlawanan adalah di bawah tekanan, tetapi anda tidak boleh mudah 'boo' dia."
Kovacic memeriahkan Stadium Santiago Bernabeu dengan menjaringg gol liga pertamanya musim ini hasil hantaran Ronaldo, tujuh minit sebelum rehat.
Selepas itu, pemain tengah Croatia berkenaan kemudiannya membuat bantuan gol untuk Ronaldo, enam minit selepas babak kedua, sebelum Alvaro Morata melengkapkan kemenangan 3-0.
"Ia adalah satu permainan yang sangat penting dan kami berjaya mendapatkan tiga mata. Pasukan melakukan dengan baik dan kami mesti meneruskan rentak ini," kata Kovacic.
"Setiap kali menjaringkan gol pastinya menyeronokkan, tetapi perkara yang paling penting ialah kami mendapat kemenangan dan menambah tiga mata dalam jadual liga.
"Saya menemui satu jaringan, dan membuat satu bantuan gol. Saya kini mara dan membuktikan bahawa saya boleh bermain untuk Real Madrid. "
Topic Berkaitan
#cristiano ronaldoi
#Mateo Kovacic
#santiago bernabeu real madrid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan