awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota skuad Piala Thomas 1970, Abdul Rahman Mohamad, meninggal dunia

Bernama
Bernama
29/07/2021
15:57 MYT
Anggota skuad Piala Thomas 1970, Abdul Rahman Mohamad, meninggal dunia
Bekas pemain badminton kebangsaan Abdul Rahman Mohamad, anggota skuad negara yang muncul naib juara Piala Thomas pada 1970, meninggal dunia hari ini. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Bekas pemain badminton kebangsaan Abdul Rahman Mohamad, anggota skuad negara yang muncul naib juara Piala Thomas pada 1970, meninggal dunia hari ini.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan bahawa Allahyarham, yang berusia 75 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada 5.53 petang di Hospital Shah Alam.
"Lahir pada tanggal 9 Mei 1946, Abdul Rahman yang juga merupakan anggota skuad Piala Thomas 1970, turun selaku perseorangan kedua selepas mendiang Datuk Punch Gunalan pada perlawanan akhir edisi kelapan kejohanan berprestij itu menentang Indonesia.
"Jasa serta sumbangan Allahyarham dalam arena badminton kebangsaan pasti akan terus dikenang. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah," menurut kenyataan BAM di laman Facebooknya.
Pada aksi final itu, Malaysia tewas 2-7 kepada Indonesia di Stadium Negara.
Arwah sebelum ini dilaporkan terlantar di rumahnya setelah diserang strok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas pemain badminton kebangsaan
#Abdul Rahman Mohamad
#skuad negara
#badminton
#meninggal dunia
#Persatuan Badminton Malaysia
#BAM
#Piala Thomas 1970
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan