awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Annuar ada hak tanding Presiden FAM

Bernama
Bernama
04/02/2017
15:03 MYT
Annuar ada hak tanding Presiden FAM
Tan Sri Annuar Musa ada hak bertanding kerusi Presiden FAM walaupun sedang disiasat oleh SPRM. - fotoBERNAMA
Tan Sri Annuar Musa ada hak bertanding kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) walaupun sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang juga antara calon untuk jawatan itu, berkata dirinya tidak mempunyai hak memberitahu Annuar bahawa beliau tidak boleh bertanding.
"Saya tidak ada hak menyatakan beliau tidak boleh bertanding. Saya harap siasatan SPRM akan selesai sebelum Kongres FAM pada Mac," katanya dalam sidang media selepas dialog terbuka dengan pelajar mengenai Transformasi Nasional (TN50).
BACA: Saya masih layak bertanding Presiden FAM - Annuar Musa
BACA: Keempat-empat calon tidak layak pimpin FAM - Peter Vellapan
Kongres FAM akan diadakan pada 25 Mac nanti dan senarai akhir calon akan dibentangkan kepada Exco FAM pada 20 Feb bagi menentukan calon yang layak bertanding pada kongres bagi memilih barisan kepemimpinan untuk penggal 2017-2021.
Setakat ini, terdapat empat nama yang dicalonkan untuk kerusi presiden termasuk Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bekas Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat.
Annuar, ketika ini digantung daripada jawatannya sebagai Pengerusi Mara dan Pelaburan Mara Bhd (PMB), selepas mesyuarat khas Ahli Majlis Mara Selasa lepas.
Keputusan itu diambil bagi membolehkan audit dalaman Mara menyiasat beberapa perkara termasuk penajaan PMB dan UniKL untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors.
Susulan itu, SPRM pada hari sama mengesahkan telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa terhadap Annuar.
Khairy juga berkata beliau akan menemui mereka yang mencalonkannya untuk merebut kerusi Presiden FAM dalam masa terdekat.
"Saya akan menemui mereka dan bertanya alasan dalam mencalonkan saya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Khairy berkata kementeriannya akan terus memantau tapak pembinaan Bandaraya Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil di sini sehingga Sukan SEA Ogos ini selepas dua atlet dan seorang pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) dijangkiti demam denggi.
"Kami akan memastikan kejadian sama tidak berulang. Yakinlah, keadaan adalah terkawal," katanya.
Ketiga-tiga mangsa itu telah dibenarkan keluar dari hospital semalam dan ketika ini keadaan mereka masih dipantau.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Aseh Che Mat
#calon presiden FAM
#FAM
#Khairy Jamaluddin
#Peter Vellapan
#TMJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan