awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Annuar: Gaji ikut jadual tapi prestasi TRW mengecewakan

Astro Arena
Astro Arena
01/08/2017
14:52 MYT
Annuar: Gaji ikut jadual tapi prestasi TRW mengecewakan
Sindiran pedas Annuar boleh difahami memandangkan TRW dalam aksi Liga Super dibelasah 5-0 oleh Kedah di Stadium Darulaman yang menyaksikan mereka menghampiri zon penyingkiran dengan berada di tangga kesembilan. - Gambar fail
PENASIHAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, dalam status terbaharu Facebooknya menyindir prestasi semasa pemain The Red Warriors (TRW) yang gagal mempamerkan aksi terbaik dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia biarpun pembayaran gaji tepat pada masanya.
“Hari ini duit gaji TRW sebanyak RM816,000 sebulan untuk bulan Julai sudah diserah kepada bendahari. Gaji semua tepat pada masanya.
“Tetapi, tengok prestasi mereka sangat menyedihkan.
"Tidak padan dengan susah payah cari pitih (wang) kalau bo staro (setakat itu) prestasi pasukan. Apa pun terserah pada KAFA, pengurusan dan pemain, ” katanya.
Annuar yang juga penaja utama TRW musim ini menjelaskan beliau hanya membantu mencari dana setakat termampu dan berharap pihak pengurusan serta exco KAFA melakukan sesuatu untuk menyelamatkan skuad Kelantan.
“Saya hanya boleh bantu cari dana setakat saya mampu. Saya harap pengurusan dan exco KAFA jangan berpeluk tubuh,” katanya.
Sindiran pedas Annuar boleh difahami memandangkan TRW dalam aksi Liga Super dibelasah 5-0 oleh Kedah di Stadium Darulaman yang menyaksikan mereka menghampiri zon penyingkiran dengan berada di tangga kesembilan.
Lebih memalukan, Sabtu lepas, TRW tewas 2-0 kepada skuad UiTM dalam saingan Piala Malaysia yang menyaksikan peluang ke peringkat suku akhir semakin pudar.
Malam esok, TRW sekali lagi akan turun menentang Melaka United (MU) dalam misi wajib menang di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sambil mengharapkan penyokong setia kembali memberi sokongan padu.
Kemenangan akan mencerahkan kembali peluang Kelantan ke suku akhir, sebaliknya kekalahan pasti meningkatkan tekanan ke atas ketua jurulatih, Zahasmi Ismail.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Facebook
#gaji
#Liga Super
#Piala Malaysia
#prestasi
#The Red Warriors
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan