awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak Mei ini di tengah krisis tenaga global
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AOV dianugerahkan permainan multi-pemain terbaik IMGA

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
03/04/2018
08:22 MYT
AOV dianugerahkan permainan multi-pemain terbaik IMGA
AOV yang dilancarkan di Malaysia pada 17 Oktober tahun lalu merupakan permainan atas talian yang direka khas untuk telefon pintar dan menawarkan pelbagai mod termasuk lawan 5-lawan-5. - Foto Facebok / Arena of Valor
Permainan mudah alih Arena of Valor (AOV) terbitan Garena baru-baru ini dianugerahkan sebagai permainan multi-pemain terbaik dalam Anugerah Permainan Mudah Alih Antarabangsa (IMGA) ke-14.
Pengurus Produk Garena AOV Jian Hao berkata penganugerahan tersebut sangat bermakna memandangkan mereka berlu bersaing dengan permainan-permainan lain yang berkualiti tinggi dalam pasaran.
“Kami sangat gembira dengan penghormatan yang diberikan ini.
“Kami tidak sabar untuk berkerjasama dengan pembangun bersama Tencent dan komuniti AOV untuk terus memberikan pengalaman bermain yang lebih baik bagi pengguna terutama dalam e-sukan.
“Baru-baru ini kami telah mengumumkan mengenai proses kelayakan Kejohanan Dunia AOV dan seharapnya dapat disertai oleh pemain-pemain Asia Tenggara,” katanya kepada Astro AWANI.
AOV yang dilancarkan di Malaysia pada 17 Oktober tahun lalu, merupakan permainan atas talian yang direka khas untuk telefon pintar dan menawarkan pelbagai mod berlawan termasuk pilihan 5-lawan-5 yang menjadi kegemaran pengguna.
Permainan tersebut telah dimuat turun lebih lima juta kali di peranti Android.
IMGA merupakan satu majlis anugerah bagi meraikan permainan mudah alih yang berkualiti daripada seluruh dunia.
Pencalonan dan pemilihan anugerah tersebut dilakukan melalui pemilihann panel-panel yang mempunyai pengalaman profesional dalm industri mudah alih sekurang-kurangnya lima tahun.
Pada tahun ini sebanyak 15 kategori dipertandingkan dengan 174 permainan telah disenarai pendek dalam anugerah IMGA tersebut.
Topic Berkaitan
#Android
#AOV
#arena maya
#arena of valor
#e-games
#garena
#IMGA
#Jian Hao
#Kejohanan Dunia AOV
#TenCent
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan