awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa itu Liga Negara Eropah UEFA?

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
25/01/2018
04:35 MYT
Apa itu Liga Negara Eropah UEFA?
Undian sedang dijalankan bagi kejohanan baru anjuran UEFA, Liga Negara Eropah di Lausanne, Switzerland, 24 Jan, 2018. REUTERS
SEMALAM undian bagi kejohanan baru anjuran UEFA, Liga Negara Eropah diadakan. 
Ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya Liga Negara Eropah ini?
Liga Negara Eropah akan bermula tahun ini dan akan dianjurkan pada tahun yang tidak mempunyai kejohanan utama iaitu Piala Dunia dan juga Kejohanan Eropah (Euro).
Liga Negara Eropah ini melibatkan 55 negara Eropah UEFA yang dibahagikan kepada 4 liga, iaitu Liga A hingga D.
Bagi kejohanan sulung yang akan dianjurkan tahun ini, pasukan yang bertanding akan dibahagikan mengikut ranking dan diletakkan Liga A hingga D.
12 pasukan yang berada pada ranking terbaik akan diletakkan dalam Liga A sementara yang tercorot berada di dalam Liga D.
Setiap pasukan akan bertembung sebanyak dua kali, melibatkan perlawanan di tempat sendiri dan timbal balik, bermula September sehingga November dalam tempoh 10 minggu.
Seperti liga-liga bola sepak yang lain, juara liga bawahan akan dinaikkan ke peringkat liga yang lebih tinggi, sementara pasukan yang berada di kedudukan terakhir dalam kumpulan akan diturunkan satu peringkat liga.

Empat pasukan yang menjuarai dalam kumpulan Liga A akan bersaing dalam peringkat kalah mati pada Jun 2019, untuk menentukan siapa juara Liga Negara Eropah.
Liga ini juga akan digunakan sebagai proses untuk kelayakan Kejohanan Eropah, Euro 2020 dan secara tidak langsung mempercepatkan proses kelayakan tersebut.
Dua pasukan terbaik dalam 10 kumpulan Liga Negara Eropah ini akan menempah tempat ke Kejohanan Eropah.
Kedudukan ranking atau seeding bagi setiap pasukan dalam Euro 2020 akan ditentukan berdasarkan prestasi mereka dalam Liga Negara Eropah dan baki empat lagi pasukan yang bakal mengisi slot ke peringkat akhir Euro 2020 akan ditentukan menerusi perlawanan play-off pada bulan Mac.
Berikut senarai Liga Negara Eropah selepas undian diadakan semalam.
Liga A
Kumpulan 1 Belanda Perancis Jerman
Kumpulan 2 Iceland Switzerland Belgium
Kumpulan 3 Poland Itali Portugal
Kumpulan 4 Croatia England Sepanyol
Liga B
Kumpulan 1 Republik Czech Ukraine Slovakia
Kumpulan 2 Turki Sweden Rusia
Kumpulan 3 Ireland Utara Bosnia Austria
Kumpulan 4 Denmark Ireland Wales
Liga C
Kumpulan 1 Israel Albania Scotland
Kumpulan 2 Estonia Finland Greece Hungary
Kumpulan 3 Cyprus Bulgaria Norway Slovenia
Kumpulan 4 Lithuania Montenegro Serbia Romania
Liga D
Kumpulan 1 Andorra Kazakhstan Latvia Georgia
Kumpulan 2 San Marino Moldova Luxembourg Belarus
Kumpulan 3 Kosovo Malta Kepulauan Faroe Azerbaijan
Kumpulan 4 Gibraltar Liechtenstein Armenia Macedonia
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Euro 2020
#Liga Negara Eropah
#UEFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan