awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arena bola sepak negara berduka dengan pemergian Shebby Singh

Bernama
Bernama
12/01/2022
16:35 MYT
Arena bola sepak negara berduka dengan pemergian Shebby Singh
Penggemar bola sepak tanah air bersedih dengan pemergian bekas pemain kebangsaan Serbegeth Singh, pada usia 61 tahun secara mengejut.
KUALA LUMPUR: Penggemar bola sepak tanah air bersedih dengan pemergian bekas pemain kebangsaan Serbegeth Singh, pada usia 61 tahun secara mengejut pada Rabu.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang berduka dengan pemergian bintang bola sepak yang pernah mewarnai arena bola sepak negara itu, mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang, yang juga dikenali sebagai Shebby Singh, menerusi catatan di Facebook.
"FAM mengucapkan salam takziah kepada keluarga Serbegeth Singh susulan pemergiannya secara mengejut petang tadi. Mendiang Shebby meninggalkan isteri Harbans Kaur yang juga bekas pelari negara serta dua anak, Natassha Kaur dan Sonuljit Singh," menurut catatan itu.
TAKZIAH SERBEGETH SINGH 1960-2022 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan salam takziah kepada keluarga Serbegeth Singh susulan pemergiannya secara mengejut petang tadi pada usia 61 tahun. Baca penuh di https://t.co/FakAqAeKZR#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/mTtIDaN8BE
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 12, 2022
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi Bernama, mengesahkan bahawa Shebby Singh meninggal dunia ketika berbasikal di Sunway di Iskandar Puteri lebih kurang pukul 7.30 malam.
Lahir pada 20 Ogos 1960, bakat Shebby yang berasal daripada Kluang, Johor mula dikesan oleh Allahyarham Abdul Shatar Khan, individu yang terkenal dengan reputasi sebagai jurulatih remaja.
Bekas jurulatih pasukan Kuala Lumpur mendiang S. Subramaniam kemudian berjaya memujuk Shebby untuk meninggalkan Johor dan berhijrah menyertai Kuala Lumpur pada 1983.
[TERKINI] Shebby Singh meninggal dunia
BACA: Serbegeth 'Shebby' Singh meninggal dunia ketika berbasikal
BACA: 'Shebby nampak penat ketika berbasikal, cuaca pula panas' - Aidil Zafuan
Menyarung jersi kebangsaan pada kejohanan Piala Presiden Korea Selatan pada 1982, Shebby mengumpul 61 penampilan mewakili negara sehingga persaraannya, selepas beraksi menentang England di Stadium Merdeka pada 1991.
Sepanjang beraksi untuk skuad Harimau Malaya bermula 1982-1991, Shebby telah mewakili negara di tiga temasya Sukan Asia, iaitu 1982 (Delhi), 1986 (Seoul) dan 1990 (Beijing), selain meraih emas Sukan SEA 1989, serta gangsa pada edisi 1985.
Di arena domestik, Shebby dikenali sebagai pemain pertahanan kental sepanjang kerjayanya bersama Johor, Kuala Lumpur, Pahang dan Negeri Sembilan, sebelum mencipta nama sebagai personaliti televisyen bermula 1997, termasuk untuk saluran Astro SuperSport, FoxSports and ESPN Asia.
Selaku tonggak Kuala Lumpur, Shebby muncul juara liga 1986, 1987, 1988 dan 1989, juara Piala Malaysia pada 1987, 1988 dan 1989, juara Piala FA pada 1993 dan 1994.
Selain menjadi penasihat global Blackburn Rovers pada 2012-2013, Serbegeth pernah menjadi penasihat rancangan realiti, MyTeam serta Malacca Telekom FC, selain menjadi Penasihat Teknikal Johor Darul Ta'zim (JDT).
Johor Darul Ta'zim FC are shocked to learn of the passing of former JDT Technical Advisor and Johor FA & Malaysia player Serbegeth Singh. The JDT Family would like to express our deepest condolences to the family of Serbegeth. Rest in peace, Shebby. pic.twitter.com/JmKxg18NoZ
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 12, 2022
Sementara itu, JDT turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.
"Kelab Bolasepak JDT terkejut dengan berita bahawa bekas Penasihat Teknikal JDT dan pemain Johor FA dan Malaysia, Serbegeth Singh telah meninggal dunia. Keluarga JDT ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Serbegeth. 'Rest in peace', Shebby," menurut catatan di media sosialnya, Johor Southern Tigers.
Bekas jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan juga ternyata sedih dengan pemergian Shebby yang merupakan sahabat baiknya, selain menyifatkan berita tersebut sebagai kehilangan besar buat sukan bola sepak negara.
"Kali terakhir kami berhubung sebulan lepas, di mana kami berbincang mengenai kegagalan skuad Harimau Malaya pada aksi Piala AFF 2020 di Singapura tahun lepas.
"Beliau banyak memberi sumbangan khususnya pendapat serta kritikan, yang sebenarnya kadang-kadang tidak masuk akal tapi ia untuk kebaikan bola sepak kita," katanya yang pernah beraksi bersama Shebby dalam skuad kebangsaan pada tahun 1982.
Utterly devastated to hear that my friend and colleague Shebby Singh is no longer with us. The time will come for us to talk about his passion and authenticity but for now all that matters is that we think of and respect the feelings of his loved ones. Rest In Peace Shebs. pic.twitter.com/fHjO6EHVDS
— JohnDykes (@JohnDykesFC) January 12, 2022
Topic Berkaitan
#Serbegeth Singh
#Shebby Singh
#meninggal dunia
#berbasikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan