awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arsenal mahu jual empat pemain

Sinar Harian
Sinar Harian
17/08/2023
21:30 MYT
Arsenal mahu jual empat pemain
Mikel Arteta. - Gambar fail
ARSENAL dilaporkan terdesak untuk mencari dana apabila dan bersedia untuk melepaskan empat pemain pada musim panas ini.
The Gunners sebelum ini tidak menang tangan apabila memborong Kai Havertz, Jurrien Timber, Declan Rice dan David Raya pada jendela perpindahan lalu.
Bagaimanapun pengendali Mikel Arteta dilihat mahu menjual beberapa pemain bagi menambah dana untuk membeli muka-muka baharu bagi memantapkan skuad.
Pertahanan kiri, Kieran Tierney diberi lampu hijau untuk mencari pasukan baharu pada musim panas susulan disisihkan daripada skuad ketika menentang Nottingham Forest, lapor Football Insider.
Turut berada dalam senarai untuk dijual ialah Rob Holding, Nicolas Pepe dan Nuno selepas mereka tersisih daripada skuad 23 pemain yang menewaskan Forest 2-1 Sabtu lalu.
Jurulatih dari Sepanyol itu juga dilaporkan mahu mencari seorang lagi penyerang sebelum tarikh akhir perpindahan berbaki dua minggu lagi.
Justeru, kelab London itu perlu melepaskan beberapa pemain bagi mematuhi Peraturan Kewangan Fair Play.
The Gunners sebelum ini menolak bidaan kelab Turki Besiktas untuk mendapatkan Holding, manakala Tierney menarik perhatian Newcastle.
Pada masa sama Arsenal turut dikaitkan dengan pertahanan Manchester City, Aymeric Laporte susulan spekulasi pertahanan tengah Gabriel Magalhaes mungkin berhijrah ke Arab Saudi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Arsenal
#Mikel Arteta
#pemain baharu
#jendela perpindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan