awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Axelsen menangis kalah di tangan Tze Yong

Sinar Harian
Sinar Harian
17/03/2023
11:00 MYT
Axelsen menangis kalah di tangan Tze Yong
Axelsen menangis setelah tewas kepada Tze Yong dalam kejohanan Seluruh England pada malam Khamis. -Foto Agensi
PEMAIN nombor satu dunia, Viktor Axelsen diselubungi emosi ketika ditemu bual media selepas dikejutkan pemain muda negara, Ng Tze Yong pada pusingan kedua kejohanan badminton Seluruh England pada malam Khamis.
Pemain dari Denmark itu sudah memberikan segala-galanya untuk menang, namun nasib tidak menyebelahinya.
“Anda mahu melakukan yang terbaik, bukan? Ya, sudah tentu. Saya berikan segala-galanya jadi sudah tentu saya beremosi,” katanya.
Axelsen yang merupakan juara bertahan mengalami kekalahan pusingan awal pertamanya musim ini setelah kalah dalam persaingan tiga set 15-21, 21-9, 21-23 di Arena Utilita, Birmingham.
Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu memuji aksi terbaik yang dipamerkan Tze Yong dan berhak memenangi perlawanan tersebut.
“Saya mahu mengucapkan tahniah kepada Ng Tze Yong. Saya fikir dia menunjukkan permainan mantap. Saya mahu lakukan yang lebih baik tetapi ia tidak berlaku.
“Dia bermain dengan baik dan saya membuat terlalu banyak kesilapan.
“Tiada apa yang perlu diperkatakan. Hanya yang menang dan kalah sahaja. Hari ini Tze Yong berhak meraih kemenangan dan malangnya bagi saya, ia tidak cukup baik,” katanya.
Terbuka Seluruh England dianggap istimewa kerana Axelsen berpeluang mempertahankan kejuaraan kejohanan badminton tertua dunia itu selepas memenanginya pada edisi lalu.
“Ia merupakan salah satu daripada kejohanan yang paling istimewa buat saya. Ia juga yang terbesar dalam kalendar pertandingan.
“Jadi saya mahu melakukan yang terbaik. Tetapi bila anda gagal, ia sudah pasti amat sukar,” katanya.
Axelsen membuka kalendar saingan musim ini dengan langkah kanan apabila mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia, sebelum muncul naib juara Terbuka India, Januari lalu.
Musim lalu, Axelsen meraih tujuh kejuaraan bermula Seluruh England, Masters Indonesia, Terbuka Indonesia, Terbuka Malaysia, Terbuka Perancis, Jelajah Dunia Akhir BWF dan Kejohanan Dunia. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#viktor axelsen
#Ng Tze Yong
#pemain nombor satu dunia
#Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan