awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton: Kian Meng-Pei Jing juarai Malaysia Masters

Astro Arena
Astro Arena
22/01/2017
14:16 MYT
Badminton: Kian Meng-Pei Jing juarai Malaysia Masters
Beregu Malaysia Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing bergambar selepas menjuarai kategori beregu campuran Victor Far East Malaysia Masters di Stadium Tertutup Sibu hari ini. - Foto Bernama
Pertarungan dua beregu campuran negara di pentas final Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Malaysia Masters di Sibu, Sarawak hari ini, menyaksikan gandingan Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing lebih unggul untuk bergelar juara, sekali gus menebus kehampaan tahun lalu.
Mereka yang menjadi pilihan, apatah lagi berdepan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, mencipta kejutan mara ke final dalam penyertaan pertama dalam saingan bertaraf GP Emas.
Set pertama berlangsung seimbang dengan tidak banyak yang memisahkan dua pasangan itu apabila mereka saling memperoleh mata.
Dalam pertengahan set, Kian Meng-Pei Jing meningkatkan rentak permainan bagi mendahului lawan 11-8 sebelum jurang itu dilebarkan kepada 16-11.
Rentak berkenaan berjaya dikekalkan gandingan beregu campuran kedua negara itu bagi menutup set pertama menerusi keputusan 21-17.
Set berikutnya, Kian Meng dan Pei Jing terus mengekalkan momentum permainan di sebalik kebangkitan yang cuba dilakukan oleh Soon Huat-Shevon.
Kian Meng-Pei Jing sekali lagi mendahului dengan kedudukan 11-6 dan tidak lagi menoleh ke belakang bagi menoktahkan cabaran lawan hasil kemenangan 21-9.
Ia sekali gus memberikan mereka gelaran sulung untuk 2017 dan permulaan positif bagi menghadapi beberapa lagi kejohanan utama selepas ini.
"Saya tidak fikir banyak sebab lawan pun berlatih bersama. Saya bangga kerana meraih kejuaraan ini di Malaysia," kata Kian Meng.
"Kami perlu belajar lagi. Seperti hari ini, kami boleh menang sebab mengawal tekanan lebih baik daripada mereka. Kalau dalam aspek perancangan perlawanan, mereka pun bermain dengan betul tetapi kami lebih konsisten sahaja," kata Pei Jing.
Dalam Malaysia Masters edisi tahun lalu, Kian Meng-Pei Jing sekadar berpuas hati dengan kedudukan naib juara.
Topic Berkaitan
#badminton
#Emas Malaysia Masters
#Kejohanan GP
#Lai Pei Jing
#Tan Kian Meng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan