awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Misi Artemis II masuk sfera graviti bulan, atasi rekod Apollo 13
Selangor laksana dasar bekerja dari rumah bermula 15 April - Amirudin
Konflik Asia Barat: Iran sahkah ketua perisikan IRGC terbunuh dalam serangan AS-Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badrul Hisyam tawan 200m dengan rekod kejohanan

Astro Arena
Astro Arena
24/11/2015
12:22 MYT
Badrul Hisyam tawan 200m dengan rekod kejohanan
Atlet muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap muncul Raja Pecut Sekolah ASEAN apabila menjuarai acara 200 meter temasya sukan itu.
Atlet muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap muncul Raja Pecut Sekolah ASEAN apabila menjuarai acara 200 meter temasya sukan itu dengan memecahkan rekod kejohanan miliknya sendiri, di Brunei hari ini.
Badrul Hisyam, 18, yang sebelum ini menjuarai acara 100m, mendapat pingat emas keduanya dalam acara pecut apabila memenangi acara 200m dengan catatan terpantas 21.39 saat, sekali gus mengatasi rekodnya sendiri iaitu 21.61s yang dilakukannya di Filipina tahun lepas.
Beliau menewaskan rakan senegara, Khairul Hafiz Jantan yang meraih pingat perak dengan catatan 21.47s manakala Vitnasu Phosri dari Thailand mendapat gangsa dengan 22.05s.
Dalam acara 100m semalam, Badrul Hisyam mengakhiri penantian 17 tahun apabila memperbaharui rekod kebangsaan dengan catatan 10.29s, 0.01 saat lebih pantas daripada rekod milik Watson Nyambek.
Topic Berkaitan
#200 meter
#Badrul Hisyam manap
#olahraga
#Sekolah ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan