awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beasley sedia kehilangan khidmat Azizulhasni

Astro Arena
Astro Arena
16/11/2016
14:22 MYT
Beasley sedia kehilangan khidmat Azizulhasni
Berbaki dua lagi pusingan Siri Piala Dunia, pelumba berusia 21 tahun itu dilihat semakin hampir melayakkan diri untuk beraksi di Hong Kong. - Foto Bernama
Ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley, bersedia kehilangan khidmat Azizulhasni Awang bagi menghadapi Kejohanan Dunia 2017 selepas pemenang pingat gangsa acara keirin Sukan Olimpik Rio 2016 itu mahu memberikan tumpuan terhadap pengajian dan keluarganya.
Reputasi Azizulhasni semakin melonjak selepas kejayaan di Rio, namun jadual padat selain kemahuannya menyambung pengajian di Universiti Deakin, Melbourne, Australia menyaksikan Beasley terpaksa merombak perancangan untuk menghadapi Kejohanan Dunia 2017 di Hong Kong.
“Azizulhasni akan memulakan pengajian di Universiti Deakin pada tahun hadapan. Saya percaya jika dia membuat persiapan untuk ke Kejohanan Dunia, ia akan mengganggu proses pembelajarannya,” jelas Beasley.
Beasley tiba di Malaysia pada Selasa selepas membantu Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih tangga kelapan dalam Siri Piala Dunia di Glasgow, Scotland dan Apeldoorn, Belanda.
Berbaki dua lagi pusingan Siri Piala Dunia, pelumba berusia 21 tahun itu dilihat semakin hampir melayakkan diri untuk beraksi di Hong Kong.
Malah, Beasley tidak menolak dia berkemungkinan Shah Firdaus menjadi wakil tunggal negara.
“Saya berpendapat hanya Shah Firdaus akan ke Hong Kong kali ini, kami berada di peringkat untuk membangun semula dan Azizulhasni masih berusia 28 tahun. Kami akan memulakan program empat tahun bagi menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020.”
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#John Beasley
#Kejohanan Dunia 2017
#lumba basikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan