awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beli Neymar kalau mahu kembali unggul, pesan Ronaldo Lima kepada Real Madrid

Israr Khalid
Israr Khalid
08/02/2018
07:43 MYT
Beli Neymar kalau mahu kembali unggul, pesan Ronaldo Lima kepada Real Madrid
Neymar dikhabarkan semakin tidak gembira di PSG. - Foto AP
Legenda Brazil, Ronaldo Lima menyeru Real Madrid untuk memancing bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar jika mahu memperbaiki nasib mereka di saingan La Liga.
Menurut bekas bintang Real Madrid itu, Neymar merupakan pemain hebat dan bakal menjadi yang terbaik di dunia dalam beberapa tahun lagi, dan Real memerlukan yang terbaik.
“Saya belum dengar mana-mana wakil rasmi Real berkata apa-apa tentang Neymar, namun mereka perlu memikirkannya.
“Tahun ini memang sukar untuk Madrid tetapi mereka mesti terus berjuang dan menamatkan musim dengan baik,” kata kepada Metro Sport dalam satu majlis Nike di sini semalam.
Los Blancos ketika ini seakan hilang punca dan sentuhan dengan ketinggalan 19 mata di belakang peneraju La Liga, Barcelona dan bergelut untuk kekal dalam kelompok empat teratas, selain tersingkir dari saingan Copa del Rey.
Ronaldo bersama Neymar di satu majlis Nike di London. - Gambar Instagram/nikefootball
Ronaldo bersama Neymar di satu majlis Nike di London. - Gambar Instagram/nikefootball
Sementara bekas pemain Barcelona itu dikatakan mahu kembali ke Sepanyol walaupun baru sahaja memulakan kehidupan hebat di Paris, dengan melakar 18 jaringan dan 11 bantuan gol dalam membantu PSG unggul di puncak Ligue 1.
Neymar dikaitkan dengan perpindahan ke Madrid biarpun belum semusim penuh bersama PSG susulan hubungan dingin dengan rakan sepasukan, Edinson Cavani.
Sensasi berusia 26 tahun itu dipercayai semakin tidak selesa terhadap layanan yang diberikan PSG terhadapnya, dengan penyokong kelab itu turut mengejeknya ketika dia enggan memberikan sepakan penalti kepada Cavani bagi membolehkan penyerang Uruguay itu menempa rekod jaringan baharu kelab itu.
Malah, dia turut dilaporkan kecewa dengan corak permainan bola sepak di Perancis dan dikhabarkan Real bersedia untuk membawanya masuk secara pertukaran dengan Cristiano Ronaldo.
Topic Berkaitan
#Brazil
#Cristiano Ronaldo
#La Liga
#Ligue 1
#Neymar
#PSG
#Real Madrid
#Ronaldo
#Ronaldo Luis Nazario da Lima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan