awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berbasikal: Kembar hadiahkan emas untuk Malaysia

Bernama
Bernama
22/08/2017
04:36 MYT
Berbasikal: Kembar hadiahkan emas untuk Malaysia
Skuad berbasikal berpasukan lelaki berjaya meraih pingat emas dalam acara ujian masa 51 kilometer di Dataran Nilai, Negeri Sembilan hari ini. - Astro ARENA / Fadzrie Hazis
Skuad berbasikal menghadiahkan kilauan emas kepada Malaysia dalam acara Ujian Masa Berpasukan di temasya Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) yang berlangsung di Dataran Nilai, di sini, hari ini.
Skuad negara yang dianggotai Nik Mohd Azwan Zulkiflie, kembar seiras Muhammad Ameer Ahmad Kamal dan Muhammad Ameen serta Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi yang bertindak selaku ketua pasukan menggungguli acara sejauh 51 kilometer dengan catatan masa 1 jam 01 minit 37 saat (1:01:37).
Perak menjadi milik Thailand dengan catatan masa 1 jam 01 minit 56 saat, iaitu perbezaan 18 saat di belakang Malaysia dan Vietnam pula terpaksa berpuas hati di tangga ketiga untuk meraih gangsa dengan masa 1 jam 02 minit.
Untuk rekod, kali terakhir pertandingan Ujian Masa Berpasukan diadakan adalah edisi ke-27 sukan dwitahunan itu di Myanmar pada 2013 dan pasukan negara meraih pingat perak.
Bagi edisi ke-28 di Singapura dua tahun lepas, acara itu tidak dipertandingkan.
Peserta sembilan negara termasuk tuan rumah Malaysia menyertai acara Ujian Masa Berpasukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#berbasikal
#emas
#KL2017
#lelaki
#Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi
#Sukan SEA
#Thailand
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan