awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beregu lelaki negara sasar mara ke final terbuka Denmark 2016

Bernama
Bernama
09/10/2016
09:19 MYT
Beregu lelaki negara sasar mara ke final terbuka Denmark 2016
Pasangan badminton beregu lelaki negara Tan Wee Kiong (dua, kiri) dan Goh V Shem (kanan) pada Majlis XOX Mobile meraikan #WiraMalaysia dan penyampaian imbuhan pada 26 Ogos lalu. - Gambar Bernama
Pasangan beregu lelaki badminton negara, Tan Wee Kiong-Goh V Shem menyasarkan untuk mara ke final Kejohanan Terbuka Denmark 2016 yang dijadualkan berlangsung pada 18 hingga 23 Okt ini.
Wee Kiong berkata adalah menjadi sasaran mereka untuk mara ke pusingan akhir kejohanan yang menawarkan wang hadiah keseluruhan bernilai US$700,000 itu untuk berhadapan dengan musuh ketatnya iaitu beregu lelaki China, Fu Haifeng -Zhang Nan yang merupakan pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016.
"Saya fikir kami tidak akan mempunyai banyak masalah dan halangan untuk mara ke final dan adalah menjadi sasaran kami untuk sekali lagi bertemu mereka (beregu lelaki China) di Denmark nanti," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian pada majlis sidang media selepas hadir pada majlis kunjungan hero negara di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kung Yung dekat sini hari ini.
Majlis itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Ismail Mohamed yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang.
Pasangan beregu lelaki negara yang kini menduduki tangga ketujuh ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu telah membuat persiapan rapi dan bersedia sepenuhnya untuk beraksi di Kejohanan Terbuka Denmark itu.
Wee Kiong berkata selain daripada Terbuka Denmark, beliau juga akan beraksi di Kejohanan Terbuka Perancis (25-30 Oktober) akhir bulan ini.
"Kami juga harap mampu mara ke final di Kejohanan Terbuka Perancis nanti dan mungkin akan bertemu dengan pasangan beregu China, Fu Haifeng-Zhang Nan di final nanti.
"Apa pun kami telah bersedia," katanya. Beliau berkata kegagalan mara ke final Terbuka Korea Selatan minggu lepas selepas tewas di tangan pasangan China, Li Junhui-Liu Yuchen pada aksi separuh akhir tidak mematahkan semangat mereka untuk mencipta kejayaan sekurang-kurangnya mara ke final di kejohanan Super Series yang dianjurkan sepanjang tahun ini.
"Kami akan cuba yang terbaik dan akan melakukan secara bersungguh-sungguh," katanya.
Beregu lelaki negara itu berjaya meraih pingat perak pada temasya Sukan Olimpik Rio 2016 baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Goh V Shem
#Kejohanan Terbuka Denmark 2016
#Tan Wee Kiong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan