awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bojan Hodak tidak terkejut jadi calon kemudi Harimau Malaya

Astro Arena
Astro Arena
23/12/2021
20:49 MYT
Bojan Hodak tidak terkejut jadi calon kemudi Harimau Malaya
Bojan Hodak berkata, dia cukup mengenali dan memahami sistem dalam FAM selain ia juga merupakan impiannya untuk mengendalikan sebuah pasukan kebangsaan. - Foto Astro ARENA
KETUA jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak, tidak terkejut apabila dicanang sebagai calon untuk menggantikan Tan Cheng Hoe dalam mengemudi skuad kebangsaan Malaysia.
Ia berdasarkan prestasinya membawa skuad Ibu Kota itu menamatkan penantian 32 tahun kejuaraan Piala Malaysia bulan lalu.
Kedudukan Cheng Hoe kelihatan terancam selepas kegagalan skuad negara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF di Singapura.
Pada ketika namanya disebut-sebut untuk mengisi kerusi panas itu, Hodak berkata perkara itu merupakan sesuatu yang wajar berdasarkan pengalamannya dalam kancah bola sepak tempatan, termasuk sewaktu di bawah seliaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Bekas ketua jurulatih skuad B-19 tahun negara itu berkata kepada Nadi Arena: "Saya tidak fikir ia sesuatu yang mengejutkan kerana saya memiliki musim yang baik bersama KL City dan pada akhirnya, saya juga pernah bekerja dalam skuad B-20 selain beberapa kelab di sini.
"Jadi, saya tidak fikir ada sesiapa di wilayah ini memiliki kejayaan bersama pelbagai kelab seperti saya.
"Ia satu perkara biasa, jadi ia tidak mengejutkan," katanya.
Dalam masa sama, Hodak sedia berbincang seandainya spekulasi itu beralih ke fasa yang lebih serius.
Tambahnya, dia cukup mengenali dan memahami sistem dalam FAM selain ia juga merupakan impiannya untuk mengendalikan sebuah pasukan kebangsaan.
"Ia mungkin berlaku tetapi ia masih terlalu awal untuk diperkatakan kerana Malaysia masih mempunyai ketua jurulatih. Tan Cheng Hoe masih berada di sana.
"Masih banyak perkara yang akan berlaku, jadi ia masih terlalu awal untuk diperkatakan.
"Secara normalnya, jawatan ketua jurulatih merupakan jawatan tertinggi buat setiap orang tetapi bukan saya yang akan menentukannya," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Bojan Hodak
#ganti Tan Cheng Hoe
#ketua jurulatih
#harimau Malaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan