awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bola sepak: The Bos Gaurus 'sambar' Tommy Mawat

Bernama
Bernama
22/12/2023
10:45 MYT
Bola sepak: The Bos Gaurus 'sambar' Tommy Mawat
Ketua jurulatih Yusri Che Lah berkata faktor pengalaman selain mampu beraksi di beberapa posisi pertahanan antara sebab bekas pemain kebangsaan bawah 23 tahun itu menjadi pilihannya. - Foto Perak FC
IPOH: Perak FC mengorak langkah awal dalam memperkuatkan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan apabila berjaya mendapatkan khidmat bekas bek kiri Negeri Sembilan FC Tommy Mawat Bada.
Ketua jurulatih Yusri Che Lah berkata faktor pengalaman selain mampu beraksi di beberapa posisi pertahanan antara sebab bekas pemain kebangsaan bawah 23 tahun itu menjadi pilihannya.
"Dia memang pemain yang saya mahukan. Kalau kita lihat, Tommy antara pemain yang serba boleh kerana mampu beraksi sama ada di bahagian pertahanan kiri atau pertahanan tengah.
"Dari segi taktikal, dia mempunyai kemahiran yang bagus serta memenuhi kriteria saya khususnya dalam perencanaan formasi atau strategi pasukan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Terdahulu, melalui laman Facebook Perak Football Club hari ini, Tommy Mawat disahkan sebagai pemain rasmi skuad The Bos Gaurus bagi mengharungi kempen Liga-M 2024.
Untuk rekod, pemain kelahiran Sarawak berusia 28 tahun itu mencatat dua jaringan bersama Negeri Sembilan yang menamatkan cabaran Liga Super di kedudukan kesembilan.
Selain itu, Yusri berkata kehadiran Tommy Mawat juga bagi memantapkan kesebelasan utama pasukan khususnya di benteng pertahanan.
"Kita ada masalah di bahagian pertahanan dan dengan adanya Tommy pada posisi (pertahanan) itu ia akan menambah kekuatan serta membantu barisan pemain sedia ada," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, jurulatih berasal dari Perlis itu juga menegaskan usaha pencarian pemain baharu akan diteruskan oleh pihak pengurusan, namun ia bergantung kepada bajet yang ditetapkan.
"Kita akui sukar untuk mendapatkan pemain bergelar bintang, namun usaha pencarian (pemain baharu) tidak akan terhenti di sini. Penelitian serta bajet juga perlu diambil kira sebelum keputusan dibuat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perak FC
#Tommy Mawat Bada
#Liga Malaysia
#Yusri Che Lah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan