awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bundesliga: Amat bodoh, menjengkelkan - Terzic bengang Dortmund tewas saat akhir

Astro Arena
Astro Arena
21/08/2022
03:48 MYT
Bundesliga: Amat bodoh, menjengkelkan - Terzic bengang Dortmund tewas saat akhir
Bremen menjadi pasukan pertama dalam sejarah Bundesliga menjaringkan tiga gol selepas minit ke-89 dalam satu perlawanan.- Stadium Astro
EDIN TERZIC bengang apabila Borussia Dortmund mensia-siakan kelebihan 2-0 sehingga minit ke-89 sebelum tewas 2-3 kepada Werder Bremen dalam aksi Bundesliga di Signal Iduna Park malam tadi.
Gol daripada Julian Brandt dan Raphael Guerreiro meletakkan perlawanan itu berada dalam kawalan Dortmund dan mereka kelihatan akan mudah mendapatkan tiga mata.
Bagaimanapun, sikap tidak mengaku kalah Werder jelas membuahkan hasil apabila Lee Buchanan merapatkan jurang pada minit ke-89 sebelum Niklas Schmidt mengikat kedudukan pada minit ketiga waktu kecederaan dan Oliver Burker melengkapkan kebangkitan mereka dengan gol kemenangan berselang dua minit.
Dengan kebangkitan menakjubkan itu, Bremen menjadi pasukan pertama dalam sejarah Bundesliga menjaringkan tiga gol selepas minit ke-89 dalam satu perlawanan.
Ketua jurulatih Dortmund, Terzic, berkata: "Sejujurnya, anda perlu katakan yang ia kekalahan selayaknya. Kami tidak bermain dengan baik, dan ia persembahan yang buruk daripada kami, dalam babak pertama dan kedua.
"Kami tidak dapat mengawal permainan. Dengan cara kami dibolosi pada saat-saat akhir, ia sesuatu yang teramat bodoh, teramat menjengkelkan dan kini kami tidak dapat apa-apa." -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Borussia Dortmund
#Werder Bremen
#Bundesliga
#liga Jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan