awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chong Wei perlu kekalkan prestasi - Khairy

Astro Arena
Astro Arena
14/11/2015
23:15 MYT
Chong Wei perlu kekalkan prestasi - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Chong Wei (gambar) masih mempunyai keupayaan untuk memberi saingan. - Gambar Fail
Pemain utama badminton negara, Datuk Lee Chong Wei perlu mengekalkan prestasi terbaik agar dapat memberi saingan lebih hebat jika beraksi di Sukan Olimpik Rio de Janeiro tahun hadapan.
Mengulas mengenai kejayaan Chong Wei menewaskan musuh tradisinya, Lin Dan di separuh akhir Siri Super Premier Terbuka China hari ini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pemain utama negara itu masih mempunyai keupayaan untuk memberi saingan.
"Cabaran Chong Wei diharap tidak terhenti di situ sahaja, beliau akan bertemu Chen Long pula selepas ini. Bagaimanapun, Chong Wei membuktikan beliau masih lagi mempunyai keupayaan menewaskan Lin Dan.
"Cuma saya berharap, beliau dapat kekalkan tahap permainan dan tingkatkan lagi prestasi sebelum ke Sukan Olimpik yang akan menjadi cabaran utama baginya," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan logo, maskot dan tema temasya Sukan SEA ke-29 di sini malam tadi.
Bekas pemain nombor satu dunia itu menamatkan rentetan lima kekalahan kepada Lin Dan, untuk melangkah ke perlawanan akhir Siri Super Premier Terbuka China di Fuzhou, dengan kemenangan 17-21, 21-19, 21-19 dalam aksi selama 92 minit.
Chong Wei, 33, yang memburu gelaran keempatnya musim ini dan yang kedua dalam Siri Super selepas Terbuka Perancis bulan lepas, akan berdepan satu lagi tugas berat apabila juara dunia, Chen Long menantinya di final esok.
Topic Berkaitan
#Chen Long
#Lee Chong Wei
#Lin Dan
#Terbuka China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan