awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Conte akui sukar kejar 'top four' EPL

Sinar Harian
Sinar Harian
17/02/2022
05:51 MYT
Conte akui sukar kejar 'top four' EPL
Conte menyifatkan falsafah yang menjadi pegangan skuad kendaliannya itu dilihat menjadi punca utama yang melemahkan skuad berkenaan selama ini. - Gambar fail
PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte mengakui agak sukar untuk skuad kendaliannya itu untuk terus mengejar kedudukan empat pasukan teratas (top four) Liga Perdana Inggeris (EPL) kali ini.
Justeru, menurut Conte, mahu kesebelasan The Lilywhites itu untuk beraksi sebaik mungkin bagi memastikan slot dalam saingan Liga Europa tidak terlepas.
“Agak mustahil untuk kita mengejar kedudukan sebagai empat pasukan teratas EPL ketika ini.
“Dengan kedudukan ketika ini, bagi saya adalah lebih bagus untuk kita memberikan fokus berada pada kedudukan terbaik bagi melayakkan kita ke saingan Liga Europa musim depan,” katanya.
Untuk rekod, Spurs kini berada pada kedudukan kelapan dengan 36 mata hasil 11 kemenangan, seri tiga kali dan tewas lapan kali daripada 22 perlawanan.
Sementara itu, Conte menyifatkan falsafah yang menjadi pegangan skuad kendaliannya itu dilihat menjadi punca utama yang melemahkan skuad berkenaan selama ini.
Menurut Conte, biarpun skuad The Lillywhites membawa masuk Dejan Kulusevski dan Rodrigo Bentancur, namun jika falsafah berkenaan masih berterusan ia akan tetap ‘melemahkan’ pasukan.
“Secara keseluruhannya, saya menyifatkan visi serta falsafah pasukan ini tidak selari dengan perkembangan pasukan.
“Kesemua perkara berkenaan perlu berubah dan selari dengan peredaran zaman yang memerlukan semua perkara dilakukan dengan pantas.
“Oleh itu, untuk muncul selaku pasukan yang kompetitif dengan pantas, pasukan ini juga memerlukan pemain-pemain berpengalaman,” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Antonio Conte
#Tottenham Hotspur FC
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan