awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Arab Saudi sahkan pemulihan kapasiti talian paip utama
Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Perlumbaan Grand Prix F1 Singapura 2020 dibatalkan

Bernama
Bernama
12/06/2020
16:11 MYT
COVID-19: Perlumbaan Grand Prix F1 Singapura 2020 dibatalkan
Perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) 2020 Singapura yang dijadualkan pada 20 September ini, dibatalkan susulan penularan wabak COVID-19. - Bernama
Perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) 2020 Singapura yang dijadualkan pada 20 September ini, dibatalkan susulan penularan wabak COVID-19.
GP Singapura dalam laman web hari ini mengatakan pembatalan perlumbaan malam itu berikutan sekatan berterusan terhadap aktiviti pembinaan dan perniagaan disebabkan pandemik COVID-19.
Menurut penganjur, susulan sekatan berkenaan, kerja pembinaan litar perlumbaan dalam bandar yang biasanya bermula pada bulan Mei, tidak dapat dilaksanakan tepat pada waktu untuk perlumbaan yang dijadualkan pada bulan September ini.
"Beberapa bulan lepas adalah sangat mencabar untuk semua bidang, dan sekarang kami telah membuat keputusan sukar, yang diterima oleh Formula 1 dan pihak berkepentingan," kata Timbalan Pengerusi GP Singapura Colin Syn.
Syn berkata kesihatan serta keselamatan kontraktor dan pekerja, penonton, kru F1, petugas dan marshall menjadi keutamaan pihaknya buat masa ini.
GP Singapura akan menawarkan pilihan untuk mengembalikan wang dalam tempoh 30 hari bekerja, atau boleh digunakan untuk perlumbaan tahun hadapan.
Pemegang tiket boleh menghubungi penganjur untuk langkah seterusnya manakala mereka yang membeli tiket menerusi penjual tiket yang sah SGP, boleh menghubungi pihak berkenaan untuk bayaran balik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#F1
#Grand Prix
#keselamatan
#koronavirus
#pandemik
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan