awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cristiano Ronaldo: Kembalinya Sang Raja

Astro Arena
Astro Arena
30/07/2022
00:40 MYT
Cristiano Ronaldo: Kembalinya Sang Raja
Bintang antarabangsa Portugal itu masih belum terbabit dalam sebarang perlawanan pra-musim. - Foto AP
CRISTIANO Ronaldo mengesahkan bahawa dia sedia dipertaruhkan Manchester United untuk perlawanan persahabatan dengan Rayo Vallecano, Ahad ini.
Bintang antarabangsa Portugal itu masih belum terbabit dalam sebarang perlawanan pra-musim di tengah-tengah berita dia sedang mencari jalan keluar dari Old Trafford, kurang setahun selepas kembali ke kelab berkenaan.
Keraguan masa depannya makin memuncak apabila dia tidak disenaraikan dalam sebahagian rombongan 21 pemain United untuk bertemu Atletico Madrid di Oslo, malam ini.
Bagaimanapun, menjawab ciapan dari laman peminat di Twitter yang mengumumkan dia tidak akan bermain dalam mana-mana perlawanan persahabatan United hujung minggu ini, Ronaldo menjawab: "Ahad ini, Sang Raja akan bermain".
Sekiranya dia beraksi menentang Rayo, ia akan menjadi penampilan pertamanya menyarung jersi The Red Devils sejak kekalahan 0-4 kepada Brighton & Hove Albion, 7 Mei lalu.
Pemenang lima Ballon d'Or itu tidak diturunkan dalam perlawanan terakhir musim lalu akibat kecederaan selain tersisih untuk empat perlawanan persahabatan siri jelajah ke Thailand dan Australia.
Ronaldo kembali ke pangkalan latihan United, Carrington, minggu ini untuk mengadakan perbincangan dengan laporan meluas merujuknya masih mengintai perpindahan ke kelab yang bersaing dalam Liga Juara-Juara.
Dia menyumbat 18 gol Liga Perdana Inggeris musim lalu -- hanya diatasi Mohamed Salah dan Son Heung-min (kedua-duanya 23 gol) - tetapi gagal membantu kelab itu mengelak kedudukan keenam selain merekodkan pungutan mata terendah.
Ronaldo aktif di media sosial malam tadi sambil membalas persoalan yang mencadangkan ejennya, Jorge Mendes, telah mengadakan perbincangan dengan pengurusan tertinggi United.
"Mustahil untuk tidak bercakap tentang saya setiap hari," tulisnya.
“Jika tidak, akhbar tidak dapat menjana wang.
"Anda tahu bahawa jika tidak berbohong, maka anda tidak boleh menarik perhatian ramai. Teruskan usaha, semoga satu hari kelak anda (akan memperoleh) laporan yang tepat."
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Cristiano Ronaldo
#Manchester United
#Rayo Vallecano
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan