awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Djokovic masih bermotivasi walau takhta nombor satu dunia dirampas Medvedev

Astro Arena
Astro Arena
25/02/2022
03:59 MYT
Djokovic masih bermotivasi walau takhta nombor satu dunia dirampas Medvedev
Djokovic tewas kepada peserta daripada pusingan kelayakan, Jiri Vesely, 6-4, 7-6 dalam Kejohanan Tenis Qatar awal pagi tadi. - Foto AP
NOVAK DJOKOVIC masih bermotivasi untuk meneruskan kariernya dalam sukan tenis tetapi percaya dia memerlukan lebih masa untuk mendapatkan rentak terbaik selepas kehilangan kedudukan nombor satu dunia.
Tempoh 86 minggu Djokovic di kedudukan teratas ranking ATP berakhir selepas jaguh Serbia itu tewas kepada peserta daripada pusingan kelayakan, Jiri Vesely, 6-4, 7-6 dalam Kejohanan Tenis Qatar awal pagi tadi.
Ia membolehkan Daniil Medvedev memintasnya, tidak kira sama ada pemain itu memenangi Terbuka Mexico di Acapulco atau tidak.
Melalui akaun Twitternya, Djokovic mengucapkan tahniah buat Vesely -- yang kali terakhir menewaskan juara grand slam 20 kali itu pada 2016 -- dan Medvedev.
"Permainan yang hebat @jiri_vesely, ia perlawanan yang hebat. Saya ucapkan selamat berjaya buat anda bagi baki kejohanan ini.
"Tahniah juga buat selayaknya @DaniilMedwed, yang kini menjadi pemain nombor satu dunia."
Penampilannya di Dubai merupakan aksi kompetitif pertamanya sepanjang 2022 selepas tidak dibenarkan untuk menyertai Terbuka Austtralia kerana enggan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Walaupun berasakan dia memerlukan masa untuk mendapatkan prestasi tebaik selepas kali terakhir beraksi pada Disember lalu, Djokovic menegaskan bahawa dia masih bermotivasi untuk terus bermain.
"Sasaran saya adalah untuk terus bermain tenis," katanya dalam sidang media selepas perlawanan. "Itulah sasaran utama saya. Selagi mana saya mahu melakukannya dan selagi saya mampu untuk bermain.
Selagi tubuh saya membenarkannya, selagi keadaan di sekeliling hidup saya baik, selagi orang di sekeliling menyokong saya.
"Saya masih bermotivasi dan saya masih berasa bengang apabila saya tewas. Saya masih mengambil kisah. Saya masih mahu memenangi setiap perlawanan, sama seperti orang lain dalam jelajah ini.
"Mengenai usia saya, saya sebenarnya gembira saya amat beremosi setiap hari kerana ia bermakna saya benar-benar mahu menjadi sebahagian daripada sukan ini, sebahagian daripada jelajah ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Novak Djokovic
#ranking ATP
#tenis Qatar
#Daniil Medvedev
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan