awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eain Yow cipta sejarah, kini dalam kelompok 10 terbaik dunia

Bernama
Bernama
21/04/2025
14:28 MYT
Eain Yow cipta sejarah, kini dalam kelompok 10 terbaik dunia
Pemain berusia 27 tahun itu naik satu anak tangga ke ranking ke-10 dunia dengan mengumpul 559 mata. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pemain skuasy negara Ng Eain Yow mencipta sejarah tersendiri apabila buat kali pertama dalam kariernya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik dunia.
Berdasarkan kedudukan terbaharu di laman web rasmi psasquashtour.com, pemain berusia 27 tahun itu naik satu anak tangga ke ranking ke-10 dunia dengan mengumpul 559 mata.
"Berita gembira! Yow kini dalam kelompok 10 terbaik buat kali pertama! Ayuh!!!" kata Timbalan Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) Sharon Wee menerusi mesej ringkas WhatsApp.
Eain Yow menjadi pemain ketiga negara berada dalam kelompok10 terbaik dunia selepas Ong Beng Hee yang pernah menduduki ranking ketujuh dunia pada 2001 dan Azlan Iskandar yang mencapai kedudukan ke-10 pada 2011.
Ranking dunia kini diterajui pemain Mesir Mostafa Asal dan Ali Farag dan Diego Elias dari Peru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemain skuasy negara
#Ng Eain Yow
#Top 10
#ranking
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan