awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eden Hazard intai dua kejuaraan musim ini

Astro Arena
Astro Arena
13/03/2017
06:34 MYT
Eden Hazard intai dua kejuaraan musim ini
HAZARD: Piala FA adalah sesuatu yang kami mahu menangi.
EDEN HAZARD meletakkan sasaran untuk memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA musim ini sebagai tanda kebangkitan Chelsea selepas mengharungi kekecewaan musim lalu.
Bintang Belgium itu telah memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala Liga dan Liga Europa (UEL) sejak berhijrah ke Stamford Bridge dari Lille, di mana dia telah memenangi Ligue 1 dan Coupe de France pada tahun 2012.
Hazard, pemenang dua kali Pemain Terbaik Ligue 1 dan Pemain Terbaik PFA 2014-15, masih lagi belum meraih kejayaan Piala FA sepanjang enam tahun bersama The Blues.
Skuad bimbingan Antonio Conte, yang kini menduduki takhta liga dengan kelebihan 10 mata, bakal menghadapi cabaran di laman sendiri berdepan Manchester United untuk merebut slot ke separuh akhir.
Hazard berjanji dia akan melakukan yang terbaik bagi membantu pasukannya meraih dua kejuaraan musim ini.
"Piala FA adalah sesuatu yang kami mahu menangi, sebagai pemain Chelsea, kami mahu mencuba yang terbaik untuk memenangi setiap perlawanan," kata Hazard.
"Setiap perlawanan sehingga penghujung musim akan menjadi sukar kerana setiap pasukan mahu menewaskan pasukan yang berada di takhta liga, jadi kami perlu bersiap sedia.
"Sasaran utama saya adalah untuk memberikan yang terbaik dan memenangi dua kejuaraan musim ini.""Piala FA adalah sesuatu yang kami mahu menangi, sebagai pemain Chelsea, kami mahu mencuba yang terbaik untuk memenangi setiap perlawanan," kata Hazard.
"Setiap perlawanan sehingga penghujung musim akan menjadi sukar kerana setiap pasukan mahu menewaskan pasukan yang berada di takhta liga, jadi kami perlu bersiap sedia.
"Sasaran utama saya adalah untuk memberikan yang terbaik dan memenangi dua kejuaraan musim ini."
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Chelsea
#Eden Hazard
#EPL
#pemain terbaik
#Piala FA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan