awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Arsenal kembali rampas kedudukan teratas liga

Astro Arena
Astro Arena
07/04/2024
04:15 MYT
EPL: Arsenal kembali rampas kedudukan teratas liga
Arsenal berjaya merampas semula kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila cemerlang ketika menewaskan Brighton 3-0. - Foto Stadium Astro
KETUA jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, menikmati prestasi anak buahnya dalam perlawanan besar selepas Arsenal berjaya merampas semula kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila cemerlang ketika menewaskan pasukan Brighton di tempat lawan dengan kemenangan 3-0, awal pagi tadi.
The Gunners yang memburu gelaran juara liga musim ini tiba di Stadium Amex selepas sebelum ini jatuh ke tempat ketiga berikutan kejayaan Manchester City melakar kemenangan ketika bertemu Crystal Palace 4-2.
Bukayo Saka meletakkan Arsenal di landasan yang tepat untuk kembali ke puncak liga apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke 33 sebelum separuh masa kedua dengan Kai Havertz terus konsisten mencatatkan nama sebagai penjaring dan juga jaringan daripada pemain gantian Leandro Trossard yang melengkapkan kemenangan secara keseluruhan perlawanan.
"Saya sangat gembira, sangat bangga dengan semua para pemain.
"Mereka telah mempamerkan persembahan yang besar dan hebat untuk menewaskan pasukan sehebat Brighton.
"Mereka tidak pernah tewas jika bermain di laman sendiri sejak bulan Ogos dan itu memberikan kami tugas yang sukar tetapi hari ini kami bermain dengan baik." katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Arsenal
#kedudukan teratas
#Liga Perdana Inggeris
#EPL
#Brighton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan