awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Bukayo Saka kembali perkuat Arsenal

Astro Arena
Astro Arena
28/03/2025
01:00 MYT
EPL: Bukayo Saka kembali perkuat Arsenal
Bukayo Saka. - Foto X Premier League
PENYERANG sensasi Arsenal, Bukayo Saka, berkongsikan khabar mengenai kepulangannya ke sesi latihan bersama pasukan yang akan menjadi tonik tambahan buat pasukannya menghadapi baki saingan liga dan kempen Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.
"Hello sekali lagi", tulis pemain kebangsaan England itu menerusi laman Instagram bersama gambarnya itu.
Pemain berusia 23 tahun itu tidak beraksi sejak mengalami kecederaan hamstring ketika menentang Crystal Palace pada Disember lalu.
Selepas ketiadaan Saka, The Gunners hanya memperoleh 25 mata daripada 12 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan Liverpool telah meraih 34 daripada 14 perlawanan.
Arsenal turut kehilangan rakan penyerangnya iaitu Kai Havertz dan Gabriel Jesus akibat kecederaan dengan menyaksikan mereka tersingkir daripada saingan Piala FA dan Piala EFL.
Begitupun, skuad kendalian Mikel Arteta itu kekal dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), dan kehadiran Saka bakal menambah kekuatan jentera serangan Arsenal dalam aksi suku akhir UCL menentang Real Madrid bulan depan.
View this post on Instagram
A post shared by Bukayo Saka (@bukayosaka87)
Topic Berkaitan
#Arsenal
#Bukayo Saka
#UCL
#Liga Juara-Juara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan