awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Kovacic lengkapkan perpindahan dari Chelsea ke Manchester City

Astro Arena
Astro Arena
28/06/2023
02:00 MYT
EPL: Kovacic lengkapkan perpindahan dari Chelsea ke Manchester City
Kovacic (gambar) merupakan pemain pertama yang ditandatangani City musim panas ini dan ketibaannya dilihat dapat mengisi kekosongan ditinggalkan Ilkay Gundogan. - Foto Astro ARENA
MANCHESTER City melengkapkan perpindahan pemain tengah Croatia, Mateo Kovacic, daripada Chelsea.
Pemenang gelaran 'treble' itu mengumumkan bahawa pemain berusia 29 tahun berkenaan menandatangani kontrak empat tahun di Stadium Etihad selepas kelab itu bersetuju untuk membayar yuran pendahuluan £25 juta (RM148.49 juta) dan potensi tambahan £5 juta (RM29.70 juta), minggu lalu. Kovacic menyertai pasukan bimbingan Pep Guardiola itu selepas lima tahun bersama Chelsea, di mana dia memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Liga Europa (UEL) sewaktu melakukan 221 penampilan. Dia merupakan pemain pertama yang ditandatangani City musim panas ini dan ketibaannya dilihat dapat mengisi kekosongan ditinggalkan Ilkay Gundogan, yang sah menyertai Barcelona secara perpindahan percuma baru-baru ini selepas tujuh tahun bersama kelab itu.
Topic Berkaitan
#Chelsea
#EPL
#Manchester City
#Mateo Kovacic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan