awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Masa depan Paratici di Tottenham kian kelam selepas digantung FIFA

Astro Arena
Astro Arena
30/03/2023
01:45 MYT
EPL: Masa depan Paratici di Tottenham kian kelam selepas digantung FIFA
Paratici mungkin tidak lagi dapat memenuhi tugasannya di Spurs melainkan rayuan yang dilakukannya diterima. - Foto AP
MASA depan Pengarah Urusan Tottenham, Fabio Paratici, bersama kelab itu kian kelam selepas penggantungan yang dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Itali (FIGC) ke atasnya kini diperluaskan ke seluruh dunia oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Paratici merupakan salah seorang daripada 11 individu yang terkait dengan Juventus, di mana mereka digantung oleh FIGC pada Januari lalu selepas kelab itu didapati bersalah melakukan perakaunan palsu berhubung urusan perpindahan pemain.
Juventus turut ditolak 15 mata dalam saingan Serie A sebagai sebahagian daripada hukuman itu.
Paratici dan Juventus menafikan sebarang salah laku yang dikaitkan itu dengan rayuan terhadap sekatan awal yang dikenakan oleh FIGC akan didengar olah Jawatankuasa Olimpik Itali (CONI) pada 19 April ini.
Walaupun digantung 30 bulan, Paratici sebelum ini masih dapat menjalankan peranannya sebagai pengarah Spurs memandangkan penggantungan itu hanya melibatkan bola sepak Itali.
Bagaimanapun, FIFA malam tadi mengesahkan bahawa penggantungan yang dikenakan FIGC itu akan diperluaskan ke seluruh dunia dan ia bermakna, Paratici tidak lagi dapat memenuhi tugasannya di Spurs melainkan rayuan yang dilakukannya diterima. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Fabio Paratici
#FIFA
#FIGC
#perakaunan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan