awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Euro 2016: Switzerland iringi Perancis ke pusingan kalah mati

Israr Khalid, Anthea Yap
Israr Khalid, Anthea Yap
19/06/2016
23:24 MYT
Euro 2016: Switzerland iringi Perancis ke pusingan kalah mati
Penjaga gol Switzerland Yann Sommer melonjak bagi menyelamatkan gawang gol, sewaktu bertemu tuan rumah Perancis pagi ini. - FRANCOIS LO PRESTI / AFP
KEPUTUSAN seri dengan Perancis cukup untuk membawa Switzerland ke pusingan 16 terakhir selepas menduduki tempat kedua dalam kumpulan A.
Tuan rumah pula yang telah mengesahkan kemaraan cukup dengan satu mata untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu kumpulan.
Pelawanan di Lille tampak agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling bertukar kawalan bola dan berbalas serangan dalam memburu gol pembukaan.
Selepas menjadi simpanan dalam pertemuan dengan Albania tempohari, Paul Pogba dan Antoine Greizmann diturunkan jurulatih Didier Deschamps dalam kesebelasan utama dengan harapan dapat membantu Les Blues mengutip tiga lagi mata.
Pogba hampir menyentak Switzerland bagaimanapun dua percubaannya pada babak pertama sekadar singgah pada tiang gol.
Dmitri Payet yang masuk sebagai pemain gantian juga kurang bernasib baik apabila 'volley' hasil hantaran lintang Moussa Sissoko hanya mengenai palang.
Switzerland pula hampir memperoleh peluang memenangi perlawanan apabila pertahanan Perancis, Bacary Sagna menarik baju Blerim Dzemaili dalam petak penalti pada masa kecederaan, namun tidak diendahkan pengadil.
Sementara itu, Albania pula mencatatkan kemenangan pertama dalam kejohanan besar dengan menewaskan Romania di Lyon yang membawa mereka ke tempat ketiga dalam kumpulan A.
Armando Sadiku menjadi wira Albania dengan jaringan dua minit sebelum tamat babak pertama, yang juga merupakan gol pertama Albania dalam pusingan akhir Euro.
Keputusan itu membolehkan Albania memintas Romania yang memiliki satu mata daripada perlawanan dengan Switzerland tempohari, sekaligus memadamkan harapan mereka untuk berpeluang melangkah ke peringkat seterusnya.
Mengungguli kumpulan, Perancis akan berdepan salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik, sementara Switzerland akan bertemu pasukan di tempat kedua kumpulan C.
Topic Berkaitan
#Euro 2016
#Perancis
#Switzerland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan